Jalan tersebut kini telah ditutup atas faktor keselamatan.
Mendapan Tanah Di Bulatan Kipali Akibatkan Lubang Besar Di Jalan Menuju Ke Matang. Berdasarkan video yang telah diambil oleh orang awam, satu lubang besar akibat mendapan tanah di Jalan Bulatan Kapali Petrajaya menjadikan jalan tersebut tidak selamat untuk digunakan.
Lubang besar tersebut adalah disebelah kiri lorong jalan raya menuju ke Matang.
Pihak kontraktor menutup jalan berlubang itu
Di dalam video yang telah diambil di tempat kejadian, pihak kontraktor telah berada di kawasan tersebut justeru terus menutup jalan berlubang itu. Pihak polis dan juga bomba turut berada di tempat kejadian.
Pergerakan mendapan tanah di dalam lubang besar itu dikatakan masih lagi berlaku ketika video sedang diambil.
Lubang di jalan itu amatlah besar sehingga sebuah kereta boleh tengelam masuk ke dalamnya
Menurut orang awam yang mengambil video tersebut, dia mengatakan bahawa lubang di jalan itu amatlah besar sehingga sebuah kereta boleh tengelam masuk ke dalamnya.
Oleh itu, jalan di Bulatan Kipali kini ditutup kerana ianya amat merbahaya. Tiada kecederaan atau kemalangan yang dilaporkan shingga kini, maklumat lanjut akan dikemaskini.
Kredit video: Sarawak Edition