Kalau bernasib baik, boleh jumpa barang rare atau edisi terhad!
Mesra Bajet, Ini 6 Kedai Bundle Yang Anda Wajib ‘Selam’ Dan Beli Di Kuching. Fenomena kedai bundle adalah sesuatu yang masih hangat di Sarawak. Malah, kewujudan kedai bundle di sekitar Sarawak semakin pesat tatkala pelanggan semakin ramai yang sudah pandai menilai harga barang dan pakaian yang berkualiti tanpa perlu berbelanja besar.
Di Kuching sahaja, boleh dikatakan terdapat belasan kedai bundle yang menawarkan variasi pakaian dan barangan terpakai yang mampu milik. Bagi anda yang sedang mencari port bundle yang best, dalam artikel kali ini, kami senaraikan 6 kedai bundle yang wajib anda ‘selam’ dan terokai di Kuching.
Jom, check it out!
1. JBR Mania/Starring Bundle
JBR Mania merupakan salah satu gedung barangan bundle yang terbesar di Sarawak. Terletak di Bintawa, Kuching, kedai barangan bundle ini menjual hampir kesemua item pakaian, kasut dan aksesori. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat belian borong guni atau bale atau membeli santai satu persatu pakaian bundle yang anda suka.
Menerusi laman Facebook rasmi mereka, terdapat lebih 100 ribu item tersedia di sini. Kesemua item ini diletakkan di sebuah gudang jualan dengan keluasan 32 ribu kaki persegi. Ini belum lagi termasuk barangan bundle borong. Gila lah!
Kedai ini mempunyai sebuah lagi cawangan dengan nama yang sedikit berbeza iaitu Starring Bundle yang terletak di Emart Batu Kawa.
Dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Facebook : Starring Bundle
Lokasi :
JBR Mania Bintawa
Bintawa Industrial Estate, 93450 Kuching, Sarawak
Starring Bundle JBRMania Batu Kawa
No 74, Lot 6446 , Emart Batu Kawa , Jalan Batu Kawa 93250 Kuching, Sarawak, Malaysia
2. Kuching Outdoor Bundle
Bagi pencinta alam semulajadi pula, kedai bundle ini pastinya sesuatu yang menarik perhatian anda. Jika kebiasaannya kedai bundle dipenuhi dengan baju dan pakaian rawak, namun kedai bundle ini pula sangat niche dan spesifik. Kuching Outdoor Bundle ini kebanyakannya menjual pakaian dan aksesori untuk aktiviti lasak dan luar seperti boot mendaki, windbreaker, jaket, beg khas untuk aktiviti luar, topi dan macam-macam lagi.
Kuching Outdoor Bundle juga aktif melakukan promosi pakaian di laman Facebook mereka. Untuk ke kedai ini, anda perlu menghubungi kedai ini melalui Whatsapp terlebih dahulu sebelum anda boleh walk-in dan melihat sendiri item lain yang ada di sana.
Kedai dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Facebook : Kuching Outdoor Bundle
Nombor telefon (Whatsapp) : www.wasap.my/60107678943
Lokasi : 367, Lorong Cahaya Permai 2C, Semariang Aman, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
3. Nsaofficial.kch
Ini pula kedai barangan bundle premium yang khas untuk wanita. Kebanyakan pakaian yang dijual di sini adalah pakaian premium yang sesuai untuk wanita yang ingin bergaya dan OOTD tanpa perlu pening kepala memikirkan belanja yang besar. Antara pakaian yang boleh anda temui di sini adalah seperti palazzo, blaus, skirt, kimono, blazer, vintage pants, flannel dan macam-macam lagi.
Ada kalanya anda boleh menemui jenama terkemuka seperti UNIQLO dan H&M terpakai yang masih baru dan cantik! Kalau tuan kedai buat promosi, bukan kaleng-kaleng. Ada yang boleh dapat dalam harga RM 10 saja tau!
Facebook : Nsaofficial.kch
Lokasi : Tingkat 1, Sublot 1, Block F, Demak Laut Commercial Centre, Fasa 3, 93050 Kuching, Sarawak
4. Bunga Bundle BB
Siapa kata kanak-kanak mesti pakai baju baru? Ini pula kedai bundle yang khas menjual baju-baju preloved atau terpakai untuk bayi dan kanak-kanak. Berlainan dengan kedai-kedai bundle yang lain, kedai ini tidak mempunyai kedai fizikal tetapi sebaliknya anda perlu membeli baju-baju ini melalui promosi yang dimuat naik di laman Facebooknya.
Prosedur tempahan dan pembeliannya pula hendaklah mengikut terma dan syarat seperti yang ditetapkan. Tapi kalau anda dah tempah, jangan risau! Khidmat cash-on-delivery (COD) turut ditawarkan dengan penghantaran sehingga ke depan rumah, self-collect atau penghantaran menggunakan pos.
Ibu-ibu yang tengah sarat mengandung tu, bolehlah usha-usha kedai ini.
Facebook : Bunga Bundle BB
Nombor telefon : +60 16-619 9621
Lokasi : Bandar Baru Semariang (Self-collect)/ Cash-on-delivery COD sekitar Kuching/ Penghantaran pos (Pos Laju atau J&T)
5. Ezybundle
Ini pula kedai bundle yang menawarkan variasi pakaian, beg, kasut dan aksesori terpakai yang diterbangkan khas dari Korea. Ezybundle ini membuka cawangan pertamanya di Kota Samarahan (Aiman Mall) sebelum membuka cawangan keduanya berhadapan Pusat Beli Belah The Spring.
Kalau anda ‘menyelam’ di sini, pasti anda berasa rambang mata kerana semua pakaiannya cantik-cantik dan rare belaka!
Facebook : Ezybundle Kuching | Ezy Bundle Kota Samarahan
Lokasi :
Cawangan Kuching
LOT 5001 Section 64, 93350 Kuching, Sarawak (Bersebelahan Bangunan ST3, seberang The Spring)
Cawangan Kota Samarahan
Jalan Datuk Muhammad Muda, Aiman Mall, Sl 112-115, Ground Floor, 94300 Kota Samarahan, Sarawak
6. Red Bundle
Peminat barangan bundle di Sarawak pasti teruja dengan pembukaan kedai bundle yang dinamakan Red Bundle ini kelak. Kedai bundle ini bakal dibuka pada 6 Mac 2021, Sabtu, bermula jam 10 pagi. Difahamkan, kedai ini merupakan kedai bundle yang terbesar di Sarawak.
Cawangan Red Bundle Metrocity ini ditempatkan di sebuah bangunan blok kedai 3 tingkat yang berkeluasan 7 unit kedai. Kesemua ruang ini menempatkan sebanyak hampir 100 ribu helai pakaian serta 3 hingga 4 ribu pasang kasut, topi, beg pakaian hiking dan musim sejuk, jaket, selimut, karpet, cadar dan banyak lagi. Kedai ini turut dilengkapi dengan sistem pendingin hawa untuk keselesaan pelanggan.
Facebook : Red Bundle
Lokasi : Lorong Metrocity Height 1A2, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
Jadi, jika anda berkelapangan, jangan lupa untuk singgah cuci mata dan membeli belah di sini, ya. Yang penting, patuhi SOP dan pakai pelitup muka. Kalau terlalu sesak, mungkin anda boleh cuba berkunjung di lain waktu. Takkan lari kedai dikejar.