Nak Sambut Tahun Baru Di Waterfront Kuching? Ini Panduan Ringkas
Seperti yang kita sedia maklum, sambutan tahun baru di Kuching akan diadakan secara besar besaran bertempat di Waterfront Kuching.
Bagi anda yang ingin ke Waterfront Kuching, kami sediakan panduan ringkas untuk anda.
Baca juga : Port Cun Untuk Menonton Bunga Api New Year Di Kuching
Rancang Perjalanan Dan Tempat Letak Kereta
Trafik dijangkas sangat sesat pada malam 31 Disember 2018, dan dijangka beberapa buah jalan utama akan ditutup. Kami sarankan anda untuk merancang perjalanan dan letak kereta anda di beberapa kawasan di bawah :
1.Sekitar Jalan Haji Taha sehingga ke kawasan Padang Pasir
2.Tempat letak kereta Plaza Merdeka
3.Tempat letak kereta The Hills
4.Tempat letak kereta Riverside + Sebelah LHDN
5.Tempat letak kereta UTC (Topspot)
6.Tempat letak kereta Tun Jugah, Sarawak Plaza dan sekitar
7.Sekitar reservoir park & muzium lama Sarawak

Jika anda mempunyai wang lebih dan tidak kisah untuk berbelanja dengan tinggal di hotel hotel berdekatan, anda boleh terus booking hotel hotel tersebut dan dapatkan ruang letak kereta terus di situ.
Namun dukacita dimaklumkan bahawa kebanyakan hotel sudah penuh. Anda boleh semak availability hotel di sini : Hotel Murah Di Kuching
Jaga Kebersihan, Buang Sampah Di Tempat Sepatutnya Atau Sik Salah Pun Pegang Jak Dolok Mun Ada Yang Penuh
Masihkah anda ingat situasi Waterfront selepas pelancaran musical fountain tempoh hari? ngambo,ngerucei. Sempena tahun baru 2019 tok sama samalah kita menjadi Bangsa Sarawak yang bertanggungjawab. Tidak salah jika kita menjaga kebersihan dan berhentilah membuang sampah merata rata. Ingat, malam tersebut juga adalah pelancaran Tahun Melawat Sarawak 2019, malulah jika next day viral lagi sampah bersepah di Waterfront Kuching
Fikirkan orang lain, jangan blow blow kereta/motosikal macam esok nak kiamat
Kebiasaannya, masa orang rami di pasar kedak tok lah golongan hobi kami mahal pun sibuk nak tunjuk ekzos mereka power. Namun 99.9% of the time perkara tersebut sangatlah annoying. Maklumlah, jalan jem lepas tu dengar bunyi ekzos bising. Belum lagi kesan terdapat pencemaran bunyi, apatah lagi keselesaan buat pengunjung pengunjung lain yang membawa anak kecil mereka.
Hati hati jika bawa anak kecil, pastikan anda
menjaga anak anak ada dan jangan layap
dengan benda lain
Sebenarnya, banyak kali dah kes anak kecil sesat/hilang di waterfront tok. Jadi untuk kesekalian kalinya, kami juga ingin memesan kepada ibu ibu bapa bapa di luar sana, jagalah anak anda sekiranya pergi ke Waterfront nanti.
Jika anda takut mereka hilang, pastikan anda memegang atau meletakkan alat pengesan pada anak anak anda bagi memastikan keselamatan mereka.
Last but not least, enjoy enjoy juak tapi jangan nak berhal
Kawasan waterfront adalah kawasan riadah awam, jika anda nak minum minuman yang boleh memabukkan, kami sarankan anda untuk check in di hotel atau lepak sahajalah di bar bar. Sama samalah kita jaga ketenteraman majlis yang diadakan untuk orang awam.