Dua suspek rushan pada ‘Hari Valentine’ di Chonglin Plaza, Green Road disahkan positif Covid-19.
2 Individu Dalam Pergaduhan Hari Valentine Di Kuching Disahkan Positif COVID-19. Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, dua daripada sembilan suspek yang telah ditahan selepas berlakunya rusuhan pada Valentine’s day di Chonglin Plaza, Green Road pada Ahad lalu telah disahkan positif Covid-19.
Menurut beliau, kesemua 9 suspek yang berusia 20 hingga 35 tahun , telah menjalani saringan ujian Covid-19 pada 15 Februari berikutan penangkapan mereka.
‘Kedua-dua suspek yang positif telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” ujar beliau.

Anggota polis yang berhubung rapat dengan suspek juga mengambil ujian saringan Covid-19
Oleh itu, beliau berkata anggota polis yang berhubung rapat dengan suspek juga telah mengambil ujian saringan Covid-19 pada pagi hari ini.
Beliau berkata, ujian swab itu dilakukan oleh kementerian di balai polis Gita, Sekama dan Tabuan Jaya.
“Mereka yang diuji adalah termasuk anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah, pengawal polis dan juga warden lokap,” tambah Datuk Aidi Ismail.
Walaubagaimanapun, beliau tidak menyatakan berapa banyak anggota polis yang akan dikuarantin kerana hal ini hanya akan diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.

Suspek telah ditangkap pada hari Ahad
Suspek telah ditangkap sekitar jam 5 petang pada hari Ahad setelah mereka didakwa terlibat dalam pergaduhan gara-gara seorang wanita.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata kerana rusuhan.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani telah memberitahu wartawan pada hari Isnin bahawa suspek di dalam rusuhan itu bersenjatakan parang, tongkat dan juga pedang samurai.