fbpx
More

    271 Individu Disaring Dalam Pengesanan Kes Aktif Di Premier 101 Semalam

    Berhubung dengan kes ke-772

    271 Individu Disaring Dalam Pengesanan Kes Aktif Di Premier 101 Semalam. Ia dilaporkan bahawa seramai 271 individu disaring di Premier 101 semalam, berhubung dengan kes ke-772 iaitu seorang warganegara China.

    Saringan ini iaitu Aktiviti Pengesanan Secara Aktif (ACD) dibuat oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dengan kerjasama agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

    271 Individu Disaring Dalam Pengesanan Kes Aktif Di Premier 101 Semalam

    Seramai 271 individu disaring di Premier 101

    Menurut laporan, seramai 271 individu disaring di Premier 101 susulan seorang warganegara China dilaporkan positif pada 23 Oktober 2020. Kesemua individu disaring sedang menunggu keputusan ujian makmal.

    JPBNS juga turut memaklumkan bahawa daerah Kuching masih status Kuning dengan jumlah keseluruhan seramai 33 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

    39 daerah di Sarawak masih kekal status Hijau, menjadikan Kuching satu-satunya daerah Kuning di Sarawak.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan