Gagal mematuhi SOP
3 Ditahan Kerana Tidak Mematuhi SOP, Salah Seorang Adalah Seorang Lelaki Keluar Dari Pusat Kuarantin. Semalam, 3 orang di Sarawak telah ditahan polis atas kesalahan tidak mematuhi SOP.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), salah seorang antara mereka ditahan apabila keluar dari pusat kuarantin di sebuah hotel di Miri.

Sementara itu, 2 orang ditahan atas kesalahan tidak mematuhi penjarakan sosial
Menurut JPBNS lagi, 2 orang termasuk seorang lelaki warganegara India dan seorang warganegara China di Kuching ditahan kerana tidak mematuhi penjarakan sosial.
Sebanyak 51 notis kompaun dikeluarkan iaitu 43 di Kuching, 3 di Miri, 2 di Simunjan dan Kota Samarahan, dan 1 untuk Sarikei.
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak dikatakan telah mengeluarkan 150 notis amaran lisan dan bertulis di bawah seliaan pelbagai pihak berkuasa tempatan.
Dilaporkan sebanyak 1,492 premis sedang dipantau dengan 602 anggota pematuhan PKPP terlibat dalam operasi yang dijalankan dari 1 September hingga 31 Disember ini.
7 buah sekatan jalan raya
6 buah daerah dikenakan sekatan jalan raya di bawah Op Benteng iaitu di 2 di Lawas dan masing-masing sebuah di daerah Lundu, Bau, Serian, Sri Aman dan Lubok Antu.

Sebanyak 1,436 jumlah kenderaan telah diperiksa menerusi 7 sekatan jalan raya tersebut.
Manakala sebanyak 3,415 jumlah kenderaan telah diperiksa di Kuching setakat semalam.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kenderaan diperiksa sebanyak 102,006.
Jumlah keseluruhan kenderaan yang diarah berpatah balik mulai 9 November 2020 kekal sebanyak 613 buah kenderaan.