Ahli PAS Direman Kerana Doakan Ahli Parlimen Mati
Gara gara menulis status berbunyi :
‘ EMPAT ORANG YB DAP SIBU BERKEMUNGKINAN SUDAH MATI MENJELANG MUSIM BARU PERSEKOLAHAN 2019. DOAKAN MEREKA BENAR BENAR MATI JIKA BENAR MEREKA TIDAK KELIHATAN’, seorang lelaki yang dikatakan pengurus sebuah sekolah tahfiz direman oleh pihak berkuasa apabila sebuah laporan polis dilakukan.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Borneopost online,
‘ Sibu police chief ACP Stanley Jonathan Ringgit suggested that the suspect had made such a statement because he wanted voters to realise that the result of the 14th general election (GE14) last year was ‘a wrong decision’
Difahamkan juga, lelaki tersebut juga merupakan Ahli Parti Islam Semalaysia (PAS).

Laporan polis terdapat beliau dilakukan oleh pembantu Ahli Parlimen Lanang dan kes beliau kini disiasat di bawah seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia 1998 dan juga seksyen 507 kanun keseksaan.
Menurut ACP Stanley Johnson lagi, ‘ Dipercayai bahawa suspek memuatnaik status tersebut untuk mengingatkan ahli parlimen DAP tersebut mengenai tugas mereka ‘