Wow! Senanglah nak pergi borong coklat lepas ni.
AirAsia Buka Semula Laluan Terus Dari Kuching Ke Langkawi. Bagi anda yang sudah sekian lama mengidam untuk bercuti di Langkawi, AirAsia ada berita baik untuk anda terutamanya orang Sarawak.
Melalui muat naik terbaru di laman Facebook rasminya, AirAsia kini membuka semula laluan terus dari Kuching ke Langkawi.
Sempena pembukaan laluan terus tersebut, anda boleh mendapatkan tiket penerbangan dengan harga serendah RM 99 sahaja! Yeay!
🚨 NEW ROUTE You can now fly direct from #Kuching to #Langkawi all-in fare one way from RM 99*! ✈️ We fly three times…
Posted by airasia on Tuesday, September 29, 2020
Penerbangan 3 kali seminggu dari Kuching ke Langkawi
Untuk pengetahuan anda, penerbangan terus dari Kuching ke Langkawi ini akan dilakukan sebanyak 3 kali seminggu. Malah, anda sudah boleh mula menempah penerbangan tersebut bermula hari ini.
Harga promosi penerbangan ini akan berakhir pada 6 Oktober 2020 untuk tempoh penerbangan bermula 13 November 2020 hingga 26 Mac 2021.
Rebut pakej SNAP untuk lebih penjimatan
Nak lebih jimat dan untung? Rebut promosi SNAP AirAsia iaitu pakej tiket penerbangan dan penginapan hotel selama 3 hari 2 malam di Langkawi!
Melalui tinjauan kami di laman tempahan AirAsia, jika anda bertuah, anda boleh mendapatkan tiket penerbangan sehala dari Kuching ke Langkawi serendah RM 12 sahaja! Jangan lupa untuk log masuk menggunakan akaun BIG Member anda.
Apa yang menarik di Langkawi?
Banyak perkara yang boleh anda lakukan di Langkawi! Antaranya seperti menikmati pulau, pantai dan lautnya yang membiru seperti Tanjung Rhu, Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pantai Cenang.
Siapa yang suka kedai coklat pula, anda boleh mendapatkannya dengan harga terlajak murah di kedai bebas cukai di Langkawi. Menaiki kereta kabel juga merupakan aktiviti wajib buat bila dah sampai ke sini. Best kan?
Tempah tiket anda sekarang!