AirAsia Kini Terbang Terus Dari Kuching Ke Pontianak
Syarikat Penerbangan Murah yang terunggul di Asia, AirAsia kini menawarkan penerbangan terus dari Kuching ke Pontianak. Penerbangan tersebut dijangka bermula pada 5 Jun 2017 menggunakan pesawat Airbus A320 dan kod pesawat AK1028/AK1029.
Laluan ini merupakan laluan ke 10 AirAsia dari Bandaraya Kuching dan merupakan laluan antarabangsa ke 2, selepas Singapura. Bagi anda yang ingin ke Pontianak, AirAsia kini menawarkan harga tiket semurah RM89 untuk satu hala dan tawaran ini terhad sehingga 2 April 2017.
Jadual penerbangan ke Pontianak adalah pada pukul 11.55 pagi dari Kuching, dan 12.10 tengah hari ( Masa Kalimantan Barat ) dari Bandar Pontianak.
Pontianak dikenali sebagai Kota Khatulistiwa, kerana lokasinya yang merupakan pemisah di antara Nothern Hemisphere dan Southern Hemisphere
Anda boleh baca lebih lanjut mengenai Bandar Pontianak di sini : Pontianak , Indonesia
Bagi anda yang ingin ke Jakarta atau bandar bandar lain di Indonesia, anda boleh menjadikan Pontianak sebagai Bandar Transit anda.