AirAsia Lancarkan Penerbangan Terus Dari Langkawi Ke Kuching
Syarikat tambang rendah gergasi Asia, kini melancarkan kembali laluan terus dari Langkawi ke Kuching (vice versa) yang akan bermula pada 8 Ogos 2017 ini. Selain itu, mereka turut melancarkan laluan Langkawi – Shenzhen dan juga JB – Kuala Terengganu.
Sekiranya anda menempah dari sekarang hingga ke 7 Mei 2017, anda berpeluang untuk mendapatkan tiket serendah RM79 sehala. Satu penjimatan luar biasa, jika dibandingkan kos anda menaiki flight 2 kali – Kuching – KLIA2 – Langkawi yang kebiasaanya akan menelan belanja sebanyak RM300 untuk sehala.
Bagi anda yang ingin menempah hotel di Langkawi, anda boleh semak pautan pautan di bawah untuk mendapatkan harga hotel yang terbaik.
- Temple Tree Resort, Pantai Cenang ( Klik Untuk Info Lengkap )
- The Franghipani Langkawi Resort and Spa ( Klik Untuk Info Lengkap )
- Malibest Resort, Pantai Cenang ( Klik Untuk Info Lengkap )