fbpx
More

    Bapa Baru Sedar Anak Hilang Setelah Melihat Anaknya Viral Di Facebook

    Kejadian ini berlaku di Kota Samarahan semalam.

    Si bapa hanya menyedari anaknya yang berusia empat tahun hilang selepas melihat gambar anaknya itu tular di media sosial Facebook.

    Menurut Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Suprintendan Sudirman Kram, kejadian tersebut berlaku pada pagi Ahad semalam, selepas kanak-kanak lelaki tersebut ditemui oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan.

    Menurut beliau, kanak-kanak berkenaan ditemukan merayau sendirian di Taman Stigang, Kota Samarahan.

    Bapa Baru Sedar Anak Hilang Setelah Melihat Anaknya Viral Di Facebook
    Bapa Baru Sedar Anak Hilang Setelah Melihat Anaknya Viral Di Facebook

    Kanak-kanak itu dibawa ke Balai Polis Kota Samarahan

    Tambah beliau juga, anggota MPV yang terlibat kemudiannya membawa kanak-kanak itu ke Balai Polis Kota Samarahan pada 10 pagi sebelum kaunter aduan balai berkenaan menerima panggilan daripada bapanya pada 10.10 pagi.

    “Lelaki itu mengakui gambar kanak-kanak yang tular di Facebook adalah anaknya.

    “Lelaki itu mendakwa dia membaiki rumah di tingkat atas, manakala anaknya dikatakan menonton televisyen di tingkat bawah.

    Bapa Baru Sedar Anak Hilang Setelah Melihat Anaknya Viral Di Facebook

    Beranggapan anaknya itu mengikut emak

    “Apabila turun didapati anaknya tiada dan beranggapan kanak-kanak itu mengikut emaknya untuk membersih rumah di tempat lain,” menurut si bapa kanak-kanak tersebut ketika dihubungi.

    Menurut beliau, lelaki itu kemudiannya datang sendiri ke Balai Polis Kota Samarahan untuk mengambil anaknya.

    “Pegawai bertugas memberi amaran kepadanya dan kanak-kanak itu diserahkan kepada bapanya dalam keadaan selamat,” kata beliau.

    Menurut Sudirman, sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas kanak-kanak terbabit akibat pengabaian atau kecuaian, ibu bapanya boleh didakwa mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

    Oleh itu, diharap agar ibu bapa mahupun penjaga kanak-kanak sentiasa berwaspada dan memantau anak-anak yang kecil pada setiap masa untuk menghindari perkara yang tidak diingini berlaku.

    Kredit: HarianMetro

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan