fbpx
More

    Baru 32 Tahun, Guru Dari Sarawak Ini Kongsi Tips Jadi Guru Besar Termuda Di Malaysia

    Beliau telah dilantik menjadi Guru Besar pada usia 31 tahun!

    Baru 32 Tahun, Guru Dari Sarawak Ini Kongsi Tips Jadi Guru Besar Termuda Di Malaysia. Memikul tanggungjawab sebagai seorang guru besar bukan lah tugas yang mudah. Apatah lagi peranan seorang guru besar meliputi pelbagai aspek termasuklah pentadbiran sekolah, kebajikan guru dan pelajar selain matlamat utamanya memastikan prestasi akademik sekolah berada pada tahap yang terbaik.

    Namun, seorang guru dari Sarawak ini telah dilantik menjadi guru besar pada usia yang begitu muda iaitu pada usia 31 tahun! Wow!

    Menerusi laman Facebooknya, Osman Zalikha Rizqa telah berkongsi pengalaman yang diperolehinya sepanjang bergelar seorang Guru Besar di sebuah sekolah rendah di daerah Simunjan, Sarawak.

    Baru 32 Tahun, Guru Dari Sarawak Ini Kongsi Tips Jadi Guru Besar Termuda Di Malaysia
    Baru 32 Tahun, Guru Dari Sarawak Ini Kongsi Tips Jadi Guru Besar Termuda Di Malaysia
    Sumber : FB Osman Zalikha Rizqa

    Cikgu Osman genap 32 tahun bulan Mac lalu

    Beliau memulakan tugas sebagai seorang guru besar pada 18 Februari 2020 di SK Segali, Simunjan. Kini, beliau menginjak usia 32 tahun sejak hari lahirnya pada bulan Mac yang lalu.

    Walau pun tugas ini tidak mudah, namun Cikgu Osman sempat memberikan beberapa tips agar tugas menjadi guru besar muda dapat dilaksanakan dengan baik.

    Menurut Cikgu Osman, beliau sentiasa percaya dan yakin terhadap dirinya sendiri serta melakukan perubahan terhadap minda dan tindakan.

    Baru 32 Tahun, Guru Dari Sarawak Ini Kongsi Tips Jadi Guru Besar Termuda Di Malaysia
    Sumber : FB Osman Zalikha Rizqa

    Hormat, ambil berat kebajikan staf

    Bukan itu sahaja, sebagai seorang guru besar muda, beliau juga menunjukkan sifat humanistik yang tinggi kepada semua guru. Bahkan, menghormati semua staf dengan penuh rasa hormat. Ini kerana hampir semua staf di sekolah tersebut adalah lebih berpengalaman dan dianggap senior pada saat beliau dilantik.

    Pulang ke rumah pada waktu yang telah ditetapkan

    Cikgu Osman juga berpegang pada prinsip untuk sentiasa melakukan tugasan dan pulang ke rumah sekiranya telah tamat waktu bekerja. Selain itu, beliau juga mengambil berat akan kebajikan semua staf di sekolah termasuk guru KAFA, staf anggota kumpulan pelaksana (AKP) serta pekerja swasta.

    Jika anda pernah menjadi pelajar, tentunya anda mengetahui bahawa staf sekolah bukan sahaja terdiri daripada guru sekolah tetapi juga dianggotai oleh pembantu makmal, kerani, pengawal keselamatan dan tukang kebun.

    Jangan lokek senyuman, makan bersama staf

    Selain itu, Cikgu Osman percaya bahawa seorang guru besar atau pemimpin sekolah haruslah sentiasa memberi senyuman kepada semua kakitangan dan mengeratkan silaturrahim bersama mereka. Contohnya seperti menyertai para staf untuk makan bersama-sama.

    Siapa tak suka bos yang boleh ajak sembang macam kawan sendiri kan?

    Guru diberi kebebasan dalam PdPc

    Dari segi tugas pula, staf di bawah jagaannya diberikan kebebasan untuk melakukan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas. Di era globalisasi ini, para guru sememangnya mempunyai tugas yang mencabar untuk menyampaikan sesuatu seiring dengan peredaran zaman. Maka, tidak salah untuk mereka tampil dengan kaedah yang kreatif serta unik bagi menarik perhatian pelajar.

    Baru 32 Tahun, Guru Dari Sarawak Ini Kongsi Tips Jadi Guru Besar Termuda Di Malaysia
    Sumber : FB Osman Zalikha Rizqa

    Dalam masa yang sama, beliau akan mendengar pendapat dan curahan idea guru dengan baik. Bertuah sungguh staf sekolah rendah yang dapat guru besar macam Cikgu Osman ini kan?

    Tips yang beliau kongsikan ini adalah untuk panduan kepada penjawat awam terutamanya guru yang ingin menceburi bidang pentadbiran sekolah.

    Beliau yang juga merupakan pengacara majlis sambilan ternyata bersyukur kerana diberikan amanah serta tanggungjawab untuk menjadi seorang guru besar yang termuda di Malaysia.

    Di akhir kiriman beliau, Cikgu Osman turut berterima kasih kepada pengarah Jabatan Pendidikan Negeri serta Pegawai Pelajaran Daerah yang memberi kepercayaan kepada beliau untuk memikul amanah tersebut.

    Sumber : FB Osman Zalikha Rizqa

    Guru muda jangan gentar jadi guru besar

    Beliau juga menggesa agar guru-guru muda di Malaysia untuk tidak gentar menyahut cabaran serta mengikuti program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) sebagai titik permulaan untuk mara ke tahap kepimpinan yang seterusnya.

    Bagi guru-guru muda yang ingin menjadi pengetua sekolah atau guru besar, anda digalakkan untuk menyertai Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan. Permohonan untuk ambilan tahun 2021 telah dibuka mulai 29 Mei 2020 hingga 7 Ogos 2020.

    Selamat maju jaya buat Cikgu Osman dan guru-guru muda Malaysia!

    Baca juga kisah pelajar Kenyah yang dihalang menaiki pesawat gara-gara tiada MyKad ini :

    Ini pula kisah pelajar dari Baram yang harumkan nama Malaysia di Jepun :

    Artikel Berkaitan