Keputusan dibuat oleh pihak Majlis Daerah Lundu (MDL)
Bazaar Ramadhan Tidak Diteruskan Di Lundu Dan Sematan. Majlis Daerah Lundu telah mengeluarkan notis awam bahawa bazaar ramadhan norma baharu tidak diteruskan di pekan Lundu dan Sematan.
Mengambil kira risiko penularan
Menurut notis awam tersebut, pihak MDL menyatakan bahawa keputusan terbabit dibuat setelah mempertimbangkan risiko penularan melalui kontak rapat yang amat tinggi serta menyokong usaha kerajaan untuk mengekang penyebaran Covid-19 terutamanya di Daerah Lundu.
Bazaar Ramadhan Norma Baharu MDL yang sepatutnya dianjur di Pekan Lundu dan Sematan untuk tahun 2021 kini tidak diteruskan, sementara warga Daerah Lundu dinasihati untuk sentiasa mengamalkan SOP yang telah ditetapkan.
Kegagalan untuk mematuhi arahan akan menyebabkan pesalah dikenakan tindakan undang-undang.