Setelah lepas tahanan reman, beliau ditahan semula atas tuduhan pecah amanah pula.
Bebas Tuduhan Jual Organ Di Kuching, Lelaki Ini Ditangkap Lagi Gara-Gara Kes Pecah Amanah. Beberapa minggu yang lalu, kecoh satu Kuching bahkan satu Malaysia tentang kewujudan sindiket penjualan organ yang dilakukan di Bandaraya Kuching.
Lelaki yang telah didedahkan oleh sebuah agensi media antarabangsa The Sun melalui intipan dan penyamaran wartawannya telah ditahan reman oleh polis selama 12 hari untuk membantu siasatan.
Lelaki tersebut beri dakwaan palsu semasa temu bual bersama wartawan asing
Namun demikian, hasil akhir siasatan mendapati bahawa lelaki tersebut rupa-rupanya membuat dakwaan palsu tentang sindiket penjualan organ di Kuching.
Lelaki tersebut juga telah memberi keterangan palsu kepada wartawan dan tiada keterangan serta bukti terperinci yang menunjukkan lelaki tersebut terlibat dalam kegiatan tidak bermoral itu.
Ditahan semula atas tuduhan pecah amanah pada tahun 2013
Sebaliknya, lelaki tersebut ternyata mempunyai kesalahan lain iaitu pecah amanah yang dilakukannya pada tahun 2013.
Beliau ditahan semula oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial pada jam 11 pagi hari ini setelah tamat tempoh tahanan reman selama 12 hari.
Suspek pernah bekerja di Jabatan Insolvensi Sarawak pada tahun 2013 dan disyaki telah melakukan penipuan yang melibatkan pemberian baucar pembayaran kepada individu yang tidak berkaitan dengan jabatan tersebut.
Akibat salah laku itu, jabatan tersebut telah mengalami kerugian sebanyak RM 249,101.25.
Pecah amanah boleh dipenjara tidak kurang 2 tahun dengan sebatan dan denda
Lelaki tersebut akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuching di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan pada 27 Ogos ini. Sekiranya disabitkan kesalahan, beliau akan dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari 2 tahun dan tidak melebihi 20 tahun dengan sebatan serta denda.
Macam-macam hal lah. Aiyokk.