fbpx
More

    Bermula Pukul 6PM Hari Ini, 6 Laluan Di Kpg Haji Baki Akan Ditutup

    Kampung Haji Baki, Kuching telah dikenakan PKPD mulai hari ini

    Bermula Pukul 6PM Hari Ini, 6 Laluan Di Kpg Haji Baki Akan Ditutup. Bermula 28 Oktober hingga 11 November 2020, Kampung Haji Baki di Kuching akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

    Enam laluan keluar dan masuk ke kampung ini akan didirikan sekatan jalan raya mulai hari ini (28 Oktober 2020).

    Bermula Pukul 6PM Hari Ini, 6 Laluan Di Kpg Haji Baki Akan Ditutup

    Termasuk jalan utama dan jalan tikus

    Menurut laporan, enam laluan telah dikenalpasti untuk sekatan jalan raya. Laluan ini juga termasuk jalan utama dan jalan tikus.

    “Sebagaimana keputusan kerajaan negeri untuk melaksanakan PKPD di Kampung Haji Baki, polis akan mendirikan sekatan di semua laluan ke kampung ini, termasuk jalan tikus yang telah dikenalpasti,” kata Persuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail.

    Seramai 64 pegawai dan anggota akan bertugas dalam mengawal sekatan jalan raya terbabit selama PKPD dilaksanakan, mulai 6PM hari ini.

    PDRM akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar memastikan penduduk disekat keluar masuk kampung. Kampung Haji Baki mempunyai populasi seramai 4,196 orang.

    Semalam, ia diumumkan bahawa Kampung Haji Baki akan dikenakan PKPD mulai 28 Oktober hingga 11 November. Arahan ini susulan jumlah peningkatan kes positif Covid-19 di kampung terbabit yang melibatkan ahli keluarga terdekat, jiran, pelajar dan pekerja kesihatan.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan