Celcom Axiata Berhad sahkan seorang pekerjanya di cawangan Plaza Merdeka positif COVID-19.
Celcom Cawangan Plaza Merdeka Ditutup Kerana Seorang Pekerja Positif. Susulan kes sebelum ini yang mengesahkan bahawa seorang agen jual peralatan komunikasi di pusat membeli belah disahkan positif COVID-9 pada 23 November lepas, Celcom Axiata Berhad telah telah mengesahkan bahawa kes tersebut merupakan salah seorang pekerja mereka.
Dalam satu kenyataan hari ini, pekerja wanita tersebut kini dikuarantin dan menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak, sementara menunggu keputusan ujian keduanya.
Celcom juga mengatakan, sebagai langkah segera dan pencegahan untuk memastikan kesejahteraan pelanggan, Celcom Bluecube Plaza Merdeka ditutup pada 24 November.

Celcom bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan
Celcom juga bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk melakukan penjejakan kontak dan menguarantin semua kemungkinan kontak rapat pekerja, merangkumi semua pekerja, pengawal dan juruteknik di Celcom Bluecube Plaza Merdeka.
“Setelah mendapat pengesahan, semua pekerja Celcom Bluecube Plaza Merdeka dan ahli mereka juga segera diarahkan untuk dilakukan saringan dan kini telah menjalani kuarantin di rumah”, katanya dalam kenyataan tersebut.
Pembersihan yang menyeluruh mengikut panduan Kementerian Kesihatan juga dilakukan di tempat tersebut dan cawangan Celcom Bluecube itu akan beroperasi semula dalam waktu terdekat, kata pengusaha telekomunikasi itu.

JPBNS telah melaporkan kes itu pada 24 November
Jawatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah melaporkan kes tersebut pada 24 November.
Pekerja tersebut pula disahkan positif COVID-19 di sebuah Hospital Swasta pada 23 November apabila dia mengalami batu, demam, pening dan juga hilang deria bau. Hail dari makmal kembali positif pada hari yang sama.
Sementara itu, Celcom turut mengatakan bagi pelanggan yang memerlukan sokongan untuk produk dan perkhidmatan Celcom boleh mengunjungi cawangan Bluecube Celcom yang lain atau Celcom Certified Partners.

Platform digital seperti Celcom Life App
Selain itu, pelanggan Celcom juga boleh menjangkau melalui platform digital Celcom, melalui Celcom e-store, Celcom Life App, dan juga Celcom Online Customer Service.
“Keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pekerja, pelanggan dan masyarakat di sekitar tetap menjadi keutamaan. Sejak 17 Mac, kami secara ketat mematuhi dan terus mengamati langkah-langkah keselamatan yang ketat, termasuk SOP oleh pemerintah di semua bidang,” katanya.
“Sebagai sebahagian daripada tindakan proaktif yang berterusan, kami telah menerapkan arahan ‘Work From Home’ untuk pekerja perkhidmatan yang tidak penting dalam zon COVID-19 yang kritikal, di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Peraturan kerja putaran
“Untuk zon yang tidak kritikal pula, pekerja kami akan terus beroperasi dengan peraturan kerja putaran untuk mengurangkan jumlah pekerja pada satu masa yang sama.”
Dikatakan juga, untuk memastikan pelanggan tetap terhubung tanpa gangguan perkhidmatan rangkaian, pasukan rangkaian Celcom bluecube akan terus melayan pelanggan berdasarkan jadual kerja berputar tersebut.
Tambahnya juga, semua kemdahan kawasan kerja dan operasi harian akan terus beroperasi dengan kerja pembersihan yang kerap serta panduan pemeriksaan kesihatan dan keselamatan.