fbpx
More

    Cuba Seludup Masuk PATI Ke Kuching, Dua Lelaki Ditangkap Di Jalan Serian-Tebedu

    Kedua-dua suspek adalah warganegara tempatan

    Cuba Seludup Masuk PATI Ke Kuching, Dua Lelaki Ditangkap Di Jalan Serian-Tebedu. Terkini, dilaporkan bahawa dua lelaki warganegara tempatan telah ditahan polis kerana disyaki menyeludup masuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berhampiran Kampung Tubih Bahem, Jalan Serian-Tebedu.

    Kejadian berlaku sekitar pukul 8 pagi semalam, di mana turut ditangkap bersama suspek adalah tiga lelaki warga Indonesia.

    Cuba Seludup Masuk PATI Ke Kuching, Dua Lelaki Ditangkap Di Jalan Serian-Tebedu

    Tanpa dokumen perjalanan yang sah

    Kedua-dua suspek, masing-masing berusia 38 dan 46 tahun, ditahan bersama dengan 3 lelaki warga Indonesia.

    Ketiga-tiga lelaki warga Indonesia tersebut didapati tanpa dokumen perjalanan yang sah.

    Menurut ketua polis daerah Serian, DSP Aswandy Anis, beliau mendesak semua orang, terutama di Serian, untuk tidak terlibat dalam kegiatan sebegini kerana ia menjejaskan usaha bersama untuk menghentikan penularan wabak Covid-19

    Kedua-dua suspek tempatan sedang berada di lokap di balai polis Tebedu dan akan disiasat di bawah Seksyen 26 (A) Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007. Manakala ketiga-tiga suspek Indonesia akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

    Tambah Aswandy lagi, beliau meminta masyarakat untuk memainkan peranan sebagai barisan hadapan negara dengan menjadi mata dan telinga polis.

    “Sekiranya ada maklumat mengenai penyeludupan migran, tolong beri tahu kami,” katanya lagi.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan