fbpx
More

    Dua Ekor Buaya Telah Berjaya Ditangkap Di Kota Samarahan

    Buaya tersebut berjaya ditangkap pada hari ini.

    Dua Ekor Buaya Telah Berjaya Ditangkap Di Kota Samarahan. Dua ekor buaya berukuran tiga meter dan juga dua meter telah ditangkap di sungai berdekatan Kampung Meranek, Kota Samarahan pada hari ini. 

    Buaya-buaya berkenaan ditangkap pada 12 tengah malam tadi dan 2 pagi tadi. 

    Reptilia tersebut ditangkap apabila ianya memakan kail yang dipasang oleh petugas Sarawak Forestry Corporation. 

    Insiden buaya menyerang dan mengorbankan mangsanya

    Sejak insiden buaya menyerang dan mengorbankan Mohd Razid Hamran, 27, yang merupakan mangsa kepada serangan buaya ketika dia hendak mencari siput pada 14 Disember, SFC telah berjaya menangkap empat buaya setakat ini. 

    Bagaimanapun, dipercayai bahawa buaya yang lebih besar telah membaham mangsa belum dapat lagi ditangkap.

    Kredit: UtusanBorneo, Sarawak Edition

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan