Jauh-jauh pergi, tetapi kena halau dengan kasar hasilnya
Gadis Ini Luah Kekecewaan Apabila Dihalau Dengan Kasar Dari Sebuah Pantai Di Sematan. Bagi mereka yang ingin melepaskan diri dari tekanan bandar, mereka lebih suka pergi ke tempat-tempat seperti pantai untuk menenangkan fikiran.
*Kedua-dua pihak sudah selesaikan perselisihan faham masing-masing dengan baik. Baca di sini kenyataan rasmi pihak pengurusan kafe tersebut.
Baca artikel mengenai penjelasan tersebut di sini :
Untuk gadis ini pula, pengalaman kali pertama beliau ke Telok Serabang, Sematan dicemar apabila salah seorang kakitangan kafe di pantai tersebut menghalau dengan kasar beliau dan sebuah keluarga yang baru sahaja hendak menjamu selera picnic mereka. Dikatakan kakitangan tersebut hendak keluar berjalan-jalan.

Sengaja pilih weekday untuk elak orang ramai
Menurut gadis tersebut menerusi luahan nya dalam sebuah ciapan dalam Facebook, beliau memilih untuk berkunjung ke Telok Serabang, Sematan pada hari bekerja untuk elak orang ramai yang sentiasa kunjung pada hujung minggu.
Oleh kerana Facebook rasmi pantai tersebut menyatakan mereka ‘Sentiasa Buka’, beliau bersama seorang rakannya berputus untuk mengunjungi pantai tersebut dengan andaian pantai berkenaan buka pada hari bekerja.
Setelah tiba di pantai itu, beliau menuju ke sebuah kafe yang ada di pantai tersebut untuk tujuan mendaftar diri as per SOP (kata beliau menerusi ruangan komen status beliau). Pada masa itu, pantai tersebut sunyi sepi dan tiada pengunjung lain selain mereka.
Namun, setelah lama berdiri di luar kafe tersebut yang jelasnya ada orang disebalik pintu slide kafe terbabit, beliau menganggap kakitangan kafe tersebut masih belum bersedia untuk melanggan mereka atas sebab pantai sunyi sepi. Beliau dan rakannya kemudian pergi ke Pasar Lundu, terletak satu jam dari pantai itu, sementara tunggu kakitangan terbabit sedia melanggan mereka.
Anda boleh baca status beliau dibawah untuk mengetahui kisah lanjut:
*sekiranya ia terlalu panjang, ringkasannya sudah disediakan dibawah.





Ringkas kata, apabila beliau dan rakannya tiba ke pantai itu lagi setelah puas berjalan-jalan di Pasar Lundu, mereka melihat pantai tersebut sudah mempunyai pengunjung dan tidak sunyi seperti tadi. Oleh kerana mereka menganggap ia sudah OK untuk berkeliaran disana, mereka terus masuk ke pantai itu.
Alangkah terkejut mereka apabila seorang mak cik, dipercayai kakitangan kafe berkenaan, membuat pengumuman menerusi sebuah pembesar suara untuk menghalau para pengunjung disana.

“Anda semua di pantai sila naik ke atas, kami nak tutup pantai,” kata mak cik tersebut menerusi pembesar suara itu.
Mak cik itu kemudian menghalau sebuah keluarga yang baru sahaja tiba ke pantai itu.
“Yang dibawah pokok tu naik ke atas, oh,” kata mak cik itu lagi, merujuk kepada keluarga berkenaan yang sedang bersantai di bawah pokok.
Menurut gadis itu, keluarga tersebut siap membawa bekal untuk membuat picnic dan baru sahaja hendak buka periuk nasi ketika dihalau.
“Kenapa tak bagi mereka sekurang-kurangnya 30 minit untuk berkemas? Ini tidak, mak cik itu makin mendesak mereka untuk beredar dari situ,” kata beliau.
Beliau kemudian berkata mak cik terbabit menghalau para pengunjung pantai itu atas sebab nak berjalan.
Tak cukup lagi kena halau dengan kasar, beliau dimarahi lagi oleh mak cik terbabit
Tidak puas dengan sikap mak cik itu yang halau mereka secara kasar, beliau berkata kepada rakannya,
“Mengapa dia halau orang macam itu? Sekurang-kurangnya minta maaf atau apa-apa yang sedap ke telinga, mana adab dia?”
Tanpa disedarinya, mak cik tersebut terdengar beliau menegur perkara tersebut lalu tanya gadis itu siapakah dimarahinya itu.
“Siapa yang dimarahi kamu itu? Ooo adik, kamu marah siapa?”
Dengan perasaan marah, beliau menjawab beliau merujuk kepada mak cik berkenaan. Beliau kemudian dimarahi mak cik tersebut kerana tidak mempunyai budi bahasa sebab memarahi dia tanpa adab.
“Sik nangga penghadang diungkah sia?” – Mak cik
Ketika disoal tentang perkara itu, gadis itu berjawab beliau berandaian penghadang tersebut hanya untuk orang yang reserve parkir homestay yang ada di premis tersebut, malah terdapat juga sebuah laluan yang masih dibuka untuk gunaan pengunjung bagi masuk ke pantai tersebut.
Beliau kemudian berkata beliau dan rakannya lama berdiri di luar kafe pantai tersebut tetapi tidak dilayan oleh sesiapa. Mak cik tersebut kemudian berkata pantai ‘dia’ memang tutup sehari-harian.
Yang lagi dasyat, mak cik itu sambung menghalau para pengunjung lain dengan kasar “tanpa maaf, tanpa pembuka bicara.”
Beliau dan rakannya lalu beredar dari situ sambil dimarahi mak cik berkenaan.
“Kalau pelancong dari luar negeri datang dilayan macam itu, cuba lah malu sikit. Jangan cakap tentang budi bahasa, kalau budi bahasa sendiri tidak dibetulkan,” kata beliau.
Gadis tersebut lalu menujukan aduan beliau kepada pihak pengurus Telok Serabang dan kafe tersebut,
“Tolong latihkan kakitangan anda untuk beri pengumuman secara betul untuk mana-mana program atau apa-apa masalah yang sedap didengar. Jangan macam tadi ber ‘oh,oh’ umpama nak cari gaduh. Jika nak tutup pantai, tolonglah buat pengumuman menerusi laman rasmi Facebook anda. Sila kemaskini masa beroperasi agar orang lain berwaspada dan tidak menyusahkan diri untuk datang dari jauh. Kalau ia terlalu susah untuk menaip, tulis lah atas kertas A4 “PANTAI INI DITUTUP PADA HARI INI” dan lekatkan di penghadang disediakan,” katanya.
Cuba menghubungi pihak pengurusan untuk buat aduan tetapi tidak dilayan
Ketika dihubungi, gadis tersebut berkata beliau sudah menghubungi pihak pengurusan kafe/pantai tersebut tentang sikap kakitangan terbabit namun tidak dilayan.
“Saya sudah menghubungi mereka secara peribadi, malah post di laman rasmi Facebook mereka tetapi aduan saya mungkin ditapuk atau dipadam oleh mereka,” katanya.
Kecewa dengan tindak balas pihak pengurusan, beliau berputus untuk luahkan kekecewaannya menerusi Facebook peribadi beliau.
Tambahnya lagi, beliau bukan berniat untuk mengutuk perniagaan orang tetapi sekurang-kurangnya terima teguran apabila ada aduan.
“Saya bukan nak mengutuk, tetapi hanya kongsikan pengalaman saya ketika disana. Saya tidak harapkan mereka bermohon maaf kepada saya. Saya hanya inginkan mereka untuk memperbaiki layanan mereka terhadap pelanggan atau pengunjung pantai itu agar perkara ini tidak diulangi lagi. Saya cuba tinggalkan ulasan saya di laman Facebook mereka tetapi laman mereka tidak menyediakan butang untuk tujuan itu. Jika mereka menerima teguran, mereka boleh memperbaiki diri dari sana,” ujarnya lagi.
Kata beliau lagi, beliau masih berpendapat suasana pantai itu bagus tetapi pengalaman beliau yang kali pertama ke Telok Serabang dicemar buruk akibat perkara tersebut dan beliau berputus untuk tidak pergi ke sana lagi.
“Pantai disana memang cantik dan bersih, tetapi saya hanya tidak berpuas hati dengan sikap kakitangan di sana,” ulasnya.
Semoga pihak pengurusan premis tersebut membuka hati untuk terima teguran dan memperbaiki apa yang kurang.