Golden Bridge Kuching Akan Dirasmikan Pada 11 November ini
Golden Bridge yang merupakan ikon tempat menarik terbaru di Kuching akan dirasmikan pada 11 November 2017 ini.
Maklumat yang tular di beberapa buah laman Facebook turut menyatakan terdapat pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan. Antaranya adalah :
- Concert
- Pertunjukkan bunga api
- Pertunjukkan flyboard ironman
- Sound and light shows
Selain itu, dikhabarkan juga terdapat pelbagai lagi aktiviti menarik yang lain yang akan diadakan sempena perasmian Golden Bridge Kuching ini, termasuk juga pertunjukan drone.
Jika anda ingin menghadirkan diri ke majlis perasmian ini, pastikan anda meletakkan kereta anda di :
- Taman Letak Kereta Kuching ( Topspot )
- Saujana
- Medan Pelita
- Plaza Merdeka
- Riverside Shopping Complex
Anda juga digalakkan untuk menggunakan servis e hailing seperti grab dan uber untuk mengurangkan kesesakan jalan raya.