Tak nak pergi ke kaunter?
Ini Adalah 3 Cara Anda Boleh Membayar Bil Unifi Selain Di Kaunter TM. Bagi mereka yang ingin membayar bil Unifi tanpa bersusah payah pergi ke kaunter TM serta berbaris menunggu giliran, berikut adalah 3 cara mudah yang boleh anda gunakan untuk mempermudah urusan anda!

e-Dompet
Buat masa ini, hanya dua e-Dompet dapat digunakan untuk membayar bil Unifi.
Yang pertama adalah Boost:
- Muat turun aplikasi Boost dari Google Play atau Apple App Store

2. Daftar akaun (skip langkah 1 dan 2 sekiranya anda sudah daftar)

3. Tekan ‘Pay Bills’ dan tambah ‘unifi’ dalam senarai pengebil.


4. Masukkan nombor akaun sah

5. Tunggu ‘Q’ untuk goncang dan ia sudah selesai!
e-Dompet kedua adalah Touch n’ Go:
- Buka aplikasi dan tekan ‘Bills’

2. Tekan butang ‘unifi’

3. Isi nombor akaun unifi anda. Nama anda kemudian akan dipaparkan. Isikan nilai amaun (min. RM10) dan tekan ‘Pay Now’

4. Anda akan dikehendaki untuk mengisi nombor pin aplikasi anda

Selepas itu, anda akan diberi pemberitahuan (notification) dan SMS bahawa transaksi anda telah berjaya.
KK Mart, 7-Eleven, myNEWS
Haa… Mungkin tak ramai di antara anda tahu bahawa KK Mart, 7-Eleven, dan myNEWS juga menyediakan perkhidmatan pembayaran bil unifi!
Berikut adalah tiga cawangan KK Mart yang menyediakan perkhidmatan ini, sesuai untuk mereka yang tinggal berjauhan dari pasar:
- Summer Mall, Kota Samarahan
- Kota Sentosa, Jalan Penrissen
- Batu 17, Siburan

Manakala dua cawangan myNEWS terdapat di:
- Aeon Mall Kuching Central
- The Spring, Kuching

Untuk 7-Eleven pula, kesemua cawangan terdapat di Sarawak menawarkan perkhidmatan pembayaran bil in-store. Selain unifi, anda boleh juga membayar bil Astro dan sebagainya.

SMS
Tahukah anda selain secara dalam talian, anda boleh juga bayar bil unifi anda menerusi SMS?
Anda mungkin akan menerima SMS dari nombor 62100 setiap bulan untuk mengingatkan anda agar membayar bil. Kini, anda boleh sahaja membayar tanpa log masuk!
- Buka aplikasi SMS anda. Cari yang biasanya mengingatkan anda untuk membayar bil iaitu 62100. Tarikh anda menerima SMS mungkin berbeza, ia akan mengikuti kitaran penagihan anda. Tekan pautan di SMS tersebut

2. Anda akan dibawa ke unifi.com.my menerusi penyemak imbas mudah alih (mobile browser) anda. Jumlahnya akan ditunjukkan dan anda dapat melihat bil anda terlebih dahulu jika anda mahu. Untuk meneruskan pembayaran, anda boleh mengisi e-mel anda (pilihan) atau teruskan dengan ‘PAY NOW’

3. Tanpa log masuk, anda akan dibawa ke sebuah laman mengesahkan pembayaran anda. Anda akan diberi pilihan sama ada membayar melalui kad kredit atau online banking.

5. Bagi mereka yang memilih untuk membayar melalui perbankan dalam talian, anda akan melihat laman web berikut. Anda akan diminta untuk memilih bank pilihan anda. Sekiranya anda terbiasa dengan kaedah ini, anda akan terbiasa dengan proses susulannya.

Senang dan mudah kan?