fbpx
More

    Ini Momen Makanan Sarawak Jadi Highlight Dalam Rancangan Terkenal Antarabangsa

    Makanan Sarawak di mata dunia, gais!

    Ini Momen Makanan Sarawak Jadi Highlight Dalam Rancangan Terkenal Antarabangsa. Makanan Sarawak sememangnya unik sehinggakan ia mendapat tempat di hati masyarakat antarabangsa. Keunikan ini sememangnya tidak dapat disangkal lagi apabila dipaparkan beberapa kali dalam rancangan antarabangsa.

    Ayuh kita lihat momen makanan Sarawak jadi tumpuan dalam beberapa rancangan terkenal di peringkat antarabangsa.

    1. Street Food Kuching dalam The Food Ranger

    Siapa tidak mengenali Trevor James yang mengendali saluran Youtube terkenal iaitu The Food Ranger? Dalam salah sebuah episod The Food Ranger yang dimuat naik pada tahun 2017 ini, beliau memuji keenakan makanan ikonik Sarawak iaitu Laksa Sarawak dan Mi Kolok.

    Ini Momen Makanan Sarawak Jadi Highlight Dalam Rancangan Terkenal Antarabangsa

    Laksa Sarawak sudah tentunya dihidangkan dengan kuah laksa bersantan dengan udang, telur dan sambal. Mi kolok nya pula digabungkan bersama daging khinzir char siew.

    Ini Momen Makanan Sarawak Jadi Highlight Dalam Rancangan Terkenal Antarabangsa

    Bukan itu sahaja, Trevor bersama rakan-rakannya turut mencuba makanan laut Sarawak style seperti tumis cangkuk manis, tofu makanan laut goreng dan tiram goreng di Bako dan Topspot, Kuching. Pergh!

    Ini Momen Makanan Sarawak Jadi Highlight Dalam Rancangan Terkenal Antarabangsa
    Ini Momen Makanan Sarawak Jadi Highlight Dalam Rancangan Terkenal Antarabangsa

    2. Laksa Sarawak dalam Masterchef Australia

    Laksa Sarawak pula menjadi hidangan pilihan salah seorang peserta Australia dalam rancangan realiti masakan Masterchef Australia 2014.

    Dalam rancangan tersebut, Emily yang merupakan peserta yang berasal dari Brisbane itu memilih untuk memasak Laksa Sarawak kerana hidangan tersebut merupakan hidangan kegemarannya.

    Hidangan laksa tersebut mendapat pujian daripada para juri yang terdiri daripada chef dan pengkritik makanan terkemuka Australia, Gary Mehigan, George Calombaris dan Matt Preston. Malah, salah seorang daripada mereka mengatakan bahawa ia adalah laksa yang paling enak pernah dirasai.

    Matt Preston, Gary Mehigan dan George Calombaris.

    Hidangan ini juga melayakkan Emily ke peringkat seterusnya (Top 24) dalam rancangan realiti terbabit.

    Inilah yang dikatakan tuah Laksa Sarawak!

    3. Kek Lapis Sarawak dalam The Great British Bake Off

    Rancangan realiti The Great British Bake Off episod 7 yang disiarkan di Channel 4 serta BBC mengemukakan Kek Lapis Sarawak sebagai cabaran untuk para peserta dalam segmen Showstoppers.

    Ini Momen Makanan Sarawak Jadi Highlight Dalam Rancangan Terkenal Antarabangsa

    Dalam pertandingan tersebut, kek lapis yang dihasilkan oleh Steph Blackwell dari Chester, England mendapat pujian terbaik mengalahkan peserta-peserta yang lain apabila tampil dengan Kek Lapis Sarawak berperisa Orange and Chai Spiced.

    Manakala kek lapis yang dihasilkan oleh seorang lagi peserta iaitu Alice Fevronia yang berperisa Chocolate, Orange and Salted Caramel Kaleidoscope diberi pujian atas penghasilan kek lapis yang begitu kemas dan menarik.

    Bukan itu sahaja, juri rancangan realiti tersebut, Paul Hollywood yang juga merupakan chef selebriti dan pengacara TV terkenal British turut mengakui bahawa penghasilan Kek Lapis Sarawak merupakan penghasilan kek yang paling susah sepanjang penggambaran rancangan realiti tersebut.

    4. Ayam Pansuh dalam The Food Ranger

    Ayam pansuh pula merupakan makanan tradisi masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak. Namun, ia dirasai sendiri oleh Trevor James sehingga beliau sanggup mengikuti perjalanan seorang penduduk tempatan ke hutan untuk menuai bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan ayam pansuh.

    Ini Momen Makanan Sarawak Jadi Highlight Dalam Rancangan Terkenal Antarabangsa

    Bayangkan anda, beliau sanggup mendaki dan berjalan di dalam hutan selama 3 jam semata-mata untuk mendapatkan bahan-bahan asli pembuatan ayam pansuh. Antaranya seperti daun pucuk ubi, buluh, dan tepus. Sambil itu, melihat sendiri keindahan alam semulajadi dalam hutan hujan tropika Sarawak.

    Amacam? Bangga tak? Kongsikan makanan Sarawak yang sedap dan menjadi kegemaran anda di ruangan komen, okay?

    Baca juga artikel menarik seperti :

    Artikel Berkaitan