Kumpulan RHB Banking telah mengesahkan bahawa seorang pekerja mereka positif COVID-19.
Kakitangan RHB Simpang Tiga Kuching Disahkan Positif COVID-19. RHB Bank Simpang Tiga, Kuching telah mengesahkan bahawa seorang pekerja mereka positif COVID-19.
Pekerja tersebut telah didapati positif pada 1 November dan kini berada di dalam kuarantin.

Kali terakhir hadir pada 30 Oktober
Pekerja itu dikatakan kali terakhir hadir ke cawangan tersebut pada 30 Oktober.
Kerja pembersihan dan sesi menyahkan kuman telah dilakukan mengikut panduan Kementerian Kesihatan Malaysia.
RHB juga turut bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjejak kontak-kontak yang berkenaan bagi langkah berjaga-jaga.

Diarahkan untuk kuarantin di rumah
Kakitangan yang lain yang berkontak dengan yang positif juga telah diarahkan untuk kuarantin di rumah.
RHB juga telah mengambil langkah pencegahan yang diperlukan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pelanggan, kakitangan serta masyarakat.
Diharapkan semua patuh SOP dan tidak digalakkan untuk keluar rumah selama 2 minggu ini agar keselamatan kita semua terjamin.
Hanya keluar jika ada perkara penting dan jangan lupa cuci tangan dan pakai pelitup muka.