fbpx
More

    Kenali 10 Jenis Burung Kenyalang, 3 Paling Common Di Sarawak

    Land of the Hornbills

    Kenali 10 Jenis Burung Kenyalang, 3 Paling Common Di Sarawak. Sarawak dikenali sebagai Bumi Kenyalang, dengan pelbagai burung kenyalang yang terdapat di negeri ini. Malah, burung kenyalang memain peranan penting dalam mitos dan legenda kaum pribumi di Sarawak.

    Walaupun synonymous sebagai ikon Sarawak, burung ini juga terdapat di seluruh Malaysia.

    Terdapat banyak jenis burung kenyalang di Malaysia, dimana 3 daripada bilangan itu paling common di Sarawak. Berikut adalah senarai burung kenyalang yang ada di negara kita.

    Kenali 10 Jenis Burung Kenyalang, 3 Paling Common Di Sarawak
    Kenali 10 Jenis Burung Kenyalang, 3 Paling Common Di Sarawak

    Burung Enggang (Rhinoceros Hornbill)

    Burung enggang ialah burung kenyalang yang paling terkenal dari semua spesies. Burung ini juga merupakan burung negeri Sarawak dan juga lambang negeri Sarawak.

    Burung ini kebanyakannya terdapat di hutan dipterocarp dan bukit rendah. Burung enggang jantan mempunyai nada ‘hok’ yang dalam dan kuat, manakala burung enggang betina mempunyai nada yang lebih tinggi.

    Bagi membezakan jantina burung enggang, burung jantan mempunyai paruh yang melengkung ke atas yang berwarna merah terang dan kuning. Bahagian perutnya berwarna hitam manakala bahagian bawah perutnya berwarna putih. Ekornya berwarna putih dan mempunyai jalur hitam di pertengahan ekor.

    Bagi burung betina, saiz badannya lebih kecil dan warna paruhnya lebih pudar berbanding dengan paruh burung jantan.

    Kredit: Culture Trip

    Burung Lilin (Oriental Pied Hornbill)

    Burung ini juga dikenali sebagai ‘Alau Pedada’ oleh penduduk tempatan dan antara burung kenyalang yang terdapat di Sarawak. Burung ini lebih kepada di persekitaran pantai, hutan kepulauan dan pinggir hutan di seluruh hutan daratan rendah.

    Burung ini biasanya terbang dalam kumpulan yang melebihi 22 burung. Saiznya sederhana.

    Burung jantan berwarna hitam dan mempunyai tanda muka warna putih yang kecil. Ia juga mempunyai paruh berwarna kuning pucat dan sedikit warna hitam.

    Manakala bagi burung betina, ia mempunyai paruh yang lebih kecil dan berwarna hitam.

    Kredit: eBird

    Burung Kekek (Black Hornbill)

    Burung ini juga dikenali sebagai ‘Rengak’ di kalangan penduduk tempatan dan merupakan salah satu spesies yang paling banyak dijumpai di Sarawak.

    Ia biasanya menghuni hutan dataran rendah di bawah 600 meter yang meliputi hutan aluvial, gambut, bakau, heath, dan bukit pantai.

    Untuk bezakan jantinanya, saiz burung jantan mempunyai bulu jambul hitam dan sedikit keputihan serta warna kulit muka ialah hitam.

    Manakala burung betina mempunyai paruh yang lebih kecil dari burung kekek jantan dan mempunyai kulit sedikit merah jambu.

    Kredit: Singapore Birds Project

    Enggang Papan (Great Hornbill)

    Burung ini dapat ditemui di hutan malar hijau yang bercampur dengan daun luruh serta hutan di kepulauan dengan ketinggian 1525m.

    Bagi bezakan jantina burung ini, burung jantan lebih besar dan lebar, paruhnya berwarna kuning dan ekornya berwarna putih serta kelepak berwarna hitam.

    Bagi burung betina, ia lebih kecil dan paruhnya berwarna hitam kekuningan.

    Kredit: Pinterest

    Enggang Kawan/Buluh (Bushy-crested Hornbill)

    Burung ini dapat ditemui di hutan malar hijau dan sekunder dengan ketinggian sehingga 1500m.

    Burung jantan mempunyai bulu yang gelap dan jambul yang lebat, manakala burung betina mempunyai paruh yang lebih kecil serta leher yang berwarna coklat.

    Kredit: eBird

    Enggang Berkedut (Wrinkled Hornbill)

    Juga ditemui di hutan malar hijau, ia juga boleh ditemui di hutan paya air tawar dan kawasan tanah rendah di ketinggian sehingga 1700m.

    Burung jantan mempunyai paruh yang berwarna kuning dan atas berwarna hitam, serta dengan ekor yang berwarna putih kepada kekuningan.

    Untuk burung betina pula, kantung lehernya kurang menonjol dan ekornya berwarna hitam.

    Kredit: cabq

    Enggang Bulu (White-crowned Hornbill)

    Burung ini juga ditemui di hutan malar hijau dengan ketinggian sehingga 1000m.

    Tak seperti burung kenyalang lain yang disenaraikan, burung ini hanya mempunyai dua warna iaitu hitam dan putih.

    Bagi burung jantan, ia kepala, leher, dada, dan ekornya berwarna putih. Untuk burung betina pula, warna hitam tersebut hanya ada di bahagian leher dan bawah.

    Kredit: Pinterest

    Enggang Gunung (Wreathed Hornbill)

    Burung ini dapat ditemui di hutan malar hijau dan hutan di kepulauan dengan ketinggian sehingga 1830m.

    Untuk burung jantan, ia mempunyai paruh yang kecil dan pendek serta warna ekor kekuningan sehingga perang.

    Bagi burung betina, bahagian kepala dan lehernya berwarna hitam serta kantung leher yang berwarna biru.

    Kredit: eBird

    Enggang Hutan (Plain-pouched Hornbill)

    Ditemui di hutan malar hijau dengan ketinggian 915m, burung ini hampir serupa dengan enggang gunung. Namun, yang membezakan kedua-dua burung ini adalah saiz badan enggang hutan lebih kecil.

    Bagi bezakan burung jantan dan betina, burung jantan mempunyai paruh yang lebih pendek. Paruh ini berwarna perang manakala kantung leher berwarna kehitaman. Untuk burung betina, kantung lehernya berwarna putih.

    Kredit: wild borneo

    Burung Terbang Mentua/Burung Torak (Helmeted Hornbill)

    Terdapat di hutan malar hijau dan ketinggian sehingga 1400m, burung ini mempunyai saiz yang besar.

    Burung jantan mempunyai bulu ekor yang panjang serta kulit yang berwarna merah gelap di sisi kepala, tekak dan leher.

    Manakala burung betina mempunyai saiz yang lebih kecil. Paruhnya pulah berbintik hitam di hujung dan kulit muka dan lehernya berwarna ungu pucat.

    Kredit: BirdLife International

    Cantik kan burung-burung kenyalang? Sebagai peringatan, burung kenyalang merupakan salah satu haiwan yang dilindungi.

    Sebaiknya, kagumi burung ini dari jauh dan laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya anda melihat salah satu burung ini dianiaya atau diambil sebagai haiwan peliharaan peribadi.

    Admire these beautiful birds from a far!

    Artikel Berkaitan