fbpx
More

    Kerana Salah Faham Air Starbuck, Remaja Ini Maki Pekerja Starbuck The Spring Kuching

    Tular Remaja Salah Faham Air Starbuck, Pekerja Beri Respon Pedas

    Kerana Salah Faham Air Starbuck, Remaja Ini Maki Pekerja Starbuck The Spring Kuching. Seorang remaja tular di media sosial baru-baru ini apabila menuduh dan memaki seorang pekerja Starbucks yang didakwa ‘pandang rendah’ dia dan dua rakannya oleh kerana mereka memutus untuk membeli satu minuman dan bukannya tiga.

    Namun, niat remaja terbabit untuk ‘viral’ Starbucks berkenaan agar ‘boikot’ francais itu menerusi Twitter memakan dia kembali apabila rakan kepada pekerja Starbucks tersebut tampil memberi penjelasan untuk mempertahankan rakannya yang dituduh itu. Sementara itu, netizen kembali beraksi mengejek remaja itu.

    Kerana Salah Faham Air Starbuck, Remaja Ini Maki Pekerja Starbuck The Spring Kuching
    Kerana Salah Faham Air Starbuck, Remaja Ini Maki Pekerja Starbuck The Spring Kuching

    “Gaji baru 1200+ basic macam orang kaya baru! Nak judge orang…” – Remaja tersebut

    Kisahnya bermula dimana remaja terbabit, @alepaimannnn menggesa orang ramai untuk boikot Starbucks The Spring dengan menceritakan pengalaman dia dan kawan-kawan dia ketika membeli air di kedai tersebut.

    Kerana Salah Faham Air Starbuck, Remaja Ini Maki Pekerja Starbuck The Spring Kuching

    “Pertama skali, kawan saya beli air di sana dan kami bertiga masuk ke dalam premis tersebut.

    Kebanyakkan Starbucks di Kuching masih ada sikap hormat menghormati, tak pandang rendah orang. Tapi kakitangan di Starbucks (The Spring) pandang orang umpama mereka miskin,” @alepaimannnn

    Kerana Salah Faham Air Starbuck, Remaja Ini Maki Pekerja Starbuck The Spring Kuching
    Kerana Salah Faham Air Starbuck, Remaja Ini Maki Pekerja Starbuck The Spring Kuching

    Rakan pekerja Starbucks tersebut tampil mempertahankan pekerja itu

    Tidak berpuas hati dengan tuduhan tersebut, rakan kepada pekerja Starbucks terbabit tampil beri penjelasan menerusi Facebook untuk mempertahankan rakannya yang dituduh itu, iaitu Hafizah (atau juga dikenali sebagai Kak Pijot)

    Jarang-jarang kmk nak post benda sikda menguntungkan tapi kmk perlu juak berbunyi, sebab nya dah cuba kaco periuk nasik…

    Posted by Achai Wong on Tuesday, July 28, 2020


    Berikut adalah tangkap layar perbualan antara Achai dan Kak Pijot mengenai isu tersebut. Ia jelas Kak Pijot hanya melaksanakan tugasnya dan tiada niat untuk memperlekeh remaja dan kawan-kawannya itu.

    Kerana Salah Faham Air Starbuck, Remaja Ini Maki Pekerja Starbuck The Spring Kuching
    Kredit: Achai Wong

    “Saya hanya tanya perempuan itu “Itu sahaja? Tiada makanan? Satu minuman untuk korang 3?” Saya tidak tahu apa disampaikan perempuan tersebut kepada kawannya sehingga viralkan saya.

    Nada saya pun tidak kasar. Bagaimana saya langgan pelanggan lain begitu juga saya langgan mereka semalam. Sedih periuk nasi tempat saya cari rezeki diganggu,” kata Kak Pijot.

    Netizen kembali beraksi

    Difahamkan Twitter remaja tersebut sudah dipadam tetapi ia tidak menghentikan netizen untuk memperlekehkan remaja tersebut.

    Kerana Salah Faham Air Starbuck, Remaja Ini Maki Pekerja Starbuck The Spring Kuching
    Kredit: Facebook
    Kredit: Facebook
    “Satu air kongsi untuk tiga orang.” Kredit: Facebook

    TERKINI : Individu ini telah meminta maaf

    Individu ini kini dikatakan telah meminta maaf dan cuba untuk menghubungi pekerja yang dimakinya di laman twitter. Seorang pengguna facebook berjaya membuat beberapa tangkapan layar mengenai perkara tersebut.


    Nasihat kepada anda semua terutamanya kepada para remaja dan pemuda, ingat – apa-apa sahaja anda muat naik dalam media sosial akan mempunyai akibat. Jika tidak berhati-hati, ia akan meninggalkan kesan yang mungkin mempengaruhkan masa depan anda.

    Jika niat anda adalah untuk memburukkan orang, ia mungkin akan memakan balik anda sekiranya anda didapati di pihak yang salah.

    Fikir dahulu sebelum post.

    Lebih lagi disini:

    Artikel Berkaitan