fbpx
More

    Kes Semakin Naik Di Kuching, Pelanggan Dinasihatkan Untuk ‘Tapau’ Makanan

    Kebanyakan kes di Kuching baru-baru ini dikesan oleh kontak rapat yang mengunjungi kafe dan restoran

    Kes Semakin Naik Di Kuching, Pelanggan Dinasihatkan Untuk ‘Tapau’ Makanan. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menasihati warga daerah Kuching untuk ‘tapau’ makanan mereka susulan peningkatan kes Covid-19 di daerah ini yang melibatkan kedai makanan.

    Kes Semakin Naik Di Kuching, Pelanggan Dinasihatkan Untuk ‘Tapau’ Makanan

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menasihati pelanggan untuk membawa pulang makanan mereka

    Memandangkan kes positif semakin naik di Kuching yang berkait dengan kafe dan restoran, JPBNS menasihatkan warga Kuching untuk ‘tapau‘ (membawa pulang) makanan mereka sahaja atau membeli makanan mereka secara dalam talian.

    Pelanggan dinasihatkan untuk membeli makanan mereka secara dalam talian atau tapau. Kredit: Digital News Asia

    Selain itu, warga Sarawak dinasihatkan untuk tidak membuat perjalanan ke daerah Zon Merah iaitu Kuching.

    Sama juga bagi mereka yang berasal dari Kuching, dimana mereka dinasihatkan agar tidak pergi ke luar daerah, sekurang-kurangnya selama dua minggu.

    Datuk Amar Douglas Uggah Embas juga mendorong majikan dan ketua jabatan untuk membenarkan pekerja dan pekerja bawahan mereka bekerja dari rumah sekurang-kurangnya selama dua minggu akan datang atau sehingga arahan selanjutnya diumumkan.

    Menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu

    Tambah beliau lagi, orang rami dinasihatkan untuk tidak menyebarkan berita mengenai senarai kawasan berisiko tinggi yang tidak disahkan di media sosial kerana ini boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai.

    Hentikan penyebaran berita palsu.

    Malah, hanya JPBNS sahaja mempunyai kuasa untuk menerbitkan senarai kawasan berisiko tinggi.

    “Saya telah melihat banyak berita palsu dan senarai yang tidak disahkan di media sosial. Saya meminta orang awam untuk berhenti menyebarkannya di media sosial. Hanya JPBNS yang diberi kuasa untuk menerbitkan senarai tersebut. Tiada manfaat dalam penyebaran berita palsu dan tidak disahkan. Jadi tolong bantu dan berhenti menyebarkan berita palsu ini,” ujarnya.

    Pastikan berita yang anda baca adalah sahih. Anda boleh melakukannya dengan memeriksa sumbernya. Sekiranya tiada sumber sahih, jangan menyebar berita tersebut.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan