fbpx
More

    Kilang Kotor Dan Berkerak, Sebuah Bakeri Di Batu Kawa Diarah Tutup

    Agak-agak berapa lama tak cuci?

    Kilang Kotor Dan Berkerak, Sebuah Bakeri Di Batu Kawa Diarah Tutup. Kebersihan merupakan asas yang paling penting untuk sesebuah kedai berasaskan makanan dan minuman beroperasi. Maklumlah, makanan tersebut akan dibeli dan dimakan oleh ramai orang. Jika kedai kotor, pastinya makanan yang diperbuat di kedai tersebut berpotensi untuk tercemar dan membahayakan kesihatan pelanggan.

    Menerusi kiriman seorang pengguna Facebook, sebuah bakeri di kawasan Batu Kawa di arah untuk tutup berikutan keadaan bakeri tersebut yang sangat kotor dan menjijikkan.

    Arahan tersebut dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada 29 Julai 2020 yang lalu dan diarahkan untuk tutup selama 14 hari sehingga 12 Ogos 2020.

    Kilang Kotor Dan Berkerak, Sebuah Bakeri Di Batu Kawa Diarah Tutup
    Sumber : Facebook

    Keadaan kedai dan peralatan sangat kotor dan menjijikkan

    Melalui gambar yang dimuat naik, keadaan kedai bakeri tersebut sememangnya sangat kotor dan tidak bersih. Lebih mengejutkan, peralatan yang digunakan untuk membakar dan membuat roti serta kek didapati tidak dicuci. Bahkan, acuan serta peralatan tersebut dibiarkan dengan sisa tepung atau bahan pembuatan sehingga berkerak.

    Keadaan tempat pembakaran roti serta penyimpanan barang juga dilihat tidak disapu atau dicuci dengan lantai yang berdebu dan berdaki hitam. Sisa-sisa minyak juga kelihatan tidak dicuci. Malah, sampah sarap juga tidak dibuang dengan betul dan dibiarkan berselerak.

    Kilang Kotor Dan Berkerak, Sebuah Bakeri Di Batu Kawa Diarah Tutup
    Kilang Kotor Dan Berkerak, Sebuah Bakeri Di Batu Kawa Diarah Tutup
    Sumber : Facebook
    Kilang Kotor Dan Berkerak, Sebuah Bakeri Di Batu Kawa Diarah Tutup
    Sumber : Facebook

    Kiriman tersebut telah mendapat 638 perkongsian dan menarik perhatian orang ramai tentang tahap kebersihan bakeri serta kedai makan di Kuching.

    “Dah upa molah kuih lam jamban jak,” – Netizen

    Tinjauan di ruangan komen pula mendapati netizen begitu terkejut dengan pendedahan tersebut. Malah, ada yang mencadangkan pihak berwajib untuk membuat pemantauan di setiap cawangan bakeri dan kedai makan bagi memastikan keselamatan pelanggan.

    Kilang Kotor Dan Berkerak, Sebuah Bakeri Di Batu Kawa Diarah Tutup
    Sumber : Facebook
    Sumber : Facebook
    Kilang Kotor Dan Berkerak, Sebuah Bakeri Di Batu Kawa Diarah Tutup
    Sumber : Facebook

    Kejadian ini tentunya adalah satu pengajaran dan peringatan buat pemilik bakeri mahu pun kedai makan di luar sana untuk sentiasa mengutamakan kebersihan.

    Jika sudah terpalit dengan tindakan sebegini, tentunya ia akan merosakkan reputasi perniagaan anda. Silap hari bulan, boleh diboikot oleh pengguna kerana diketahui tidak menjaga kebersihan makanan.

    Utamakan kebersihan.

    Baca juga artikel lain :

    Artikel Berkaitan