fbpx
More

    Kisah Guru Semenanjung Yang Ingin Membawa Pelajar Kenyah Bercuti Tetapi Dihalang Imigresen

    Kisah Guru Semenanjung Yang Ingin Membawa Pelajar Kenyah Bercuti Tetapi Dihalang Imigresen

    Rasa sedih apabila mendengar kisah seorang guru Semenanjung yang mengajar di SK Kampong Baru Kapit yang ingin membawa anak muridnya bercuti ke Pahang tetapi dihalang oleh pihak imigresen.

    Dalam post yang ditulis oleh beliau di Facebook pada 15 Oktober, Farid Fazamy, 28, yang berasal dari Bera, Pahang, menceritakan hasratnya untuk membawa seorang anak muridnya berbangsa Kenyah ke Pahang sempena cuti Deepavali.

    Namun hasrat murni Cikgu Farid yang telah mengajar di Kapit selama 5 tahun itu tidak tercapai apabila mereka ditahan oleh imigresen di lapangan terbang Sibu.

    Ikuti kisah Cikgu Farid di bawah dan semoga para pembaca memahami masalah yang ditimpa oleh sebilangan masyarakat di Sarawak.

    (The original post has been edited for clarity / Post ini telah disunting untuk memudahkan pemahaman pembaca)

    ‘Sedih rasa bila mengenangkan apa yang berlaku beberapa hari lepas.

    Sepatutnya aku dah balik Semenanjung dengan membawa seorang murid aku berketurunan Kenyah untuk bercuti bersama sempena cuti Deepavali. Semua persediaan dah disediakan, mak ayah budak ni pun memang benarkan.

    Yang menyentuh hati aku bila aku melawat ayahnya yang berada di hospital disebabkan jangkitan kuman tanah. Apa yang ayah dia bagitau?

    “Betul ke cikgu nak bawa Willy pergi Pahang?”

    Aku fikir ayah dia tak bagi disebabkan ayahnya sedang berada di hospital. Lalu aku jawab, “Ya, betul, tapi takpelah dia tak ikut, kamu sekarang di hospital.”

    Ayah dia bagitau dia bagi Willy ikut tapi ayah dia takde duit nak bagi anaknya duit belanja. Tersentap aku, rasa sedih bila dengar apa yang diberitahu. Aku bagitau takpelah segala perbelanjaan aku tanggung, jadi jangan risau.

    “Takpelah Willy ikut Cikgu, kalau nak tunggu saya belum tentu saya dapat bawa…” Last benda yang ayah dia bagitau.

    Tapi yang paling menyedihkan apabila semua urusan dah settle tinggal nak cop imigresen kami ditahan.

    Pegawai bertugas tanya nak bawa mana budak ni. Aku cakap ni murid aku, nak bawa bercuti ke Semenanjung. Untuk pengetahuan, aku dah banyak kali bawa murid pergi Semenanjung. Semuanya murid Iban kali ni first time bawa murid Kenyah.

    “Maaf Cikgu, saya tak boleh lepaskan dia keluar dari Sarawak sebab status dia “belum ditentukan”, kata pegawai imigresen tu.

    Untuk penjelasan lebih jelas aku jumpa lebih kurang ketua pegawai imigresen dan seperti yang diberitahu status murid ni menyebabkan dia tidak boleh keluar dari Sarawak melainkan mak ayahnya menyelesaikan status kewarganegaraan.

    Memang aku tau mak ayahnya sedang berusaha menyelesaikan status kewarganegaraan mereka. Memandangkan ayahnya sering sakit, ditambah masalah-masalah lain merumitkan mereka untuk menyelesaikan masalah ini. Sebenarnya aku merasakan 50-50 untuk dia dapat fly tapi aku optimist sebab dia ada surat beranak.

    Untuk pengetahuan, ramai di antara murid Kenyah aku mempunyai status seperti Willy. Mereka bukan warga asing tapi disebabkan kerenah birokrasi dan penempatan mereka jauh menyebabkan masalah ini. Even ada yang nak sambung study pun tak dapat sebab tiada IC, tak pun memegang IC hijau.

    Sebelum beredar pegawai tu bagitau kat Willy, “Sorry ya, bukan Auntie tak bagi kamu pergi tapi ada sebab.”

    Lepas tu dalam keadaan kelam kabut flight dah nak berlepas aku ke hulu ke hilir nak ambil semula barang aku yang dah di drop kat kaunter. Sempat bertemu dengan kawan-kawan zaman maktab, diorang tanya kenapa rushing? Tak sempat nak bercerita takut beg tak sempat ambil. Nasib baik di kaunter ada pegawai AirAsia yang bertugas. Thank you kepada akak penjaga kaunter walaupun busy tetap membantu aku mendapatkan barang dari dalam flight. Dia ada tanya apa masalah so aku ceritakan apa yang berlaku. Dia turut bersimpati dengan Willy.

    Tambah aku sebak tengok muka Willy, tadi masa makan kat Sugar Bun aku bagitau nanti kat atas (dalam flight) kamu makan lagi. Actually aku dah beli makanan untuk dia. Even seat pun aku beli nak bagi dia duduk sebelah tingkap. Tapi apakan daya takde rezeki. Dia sempat tengok flight dari dalam bangunan je. “Wah, besarnya, Cikgu”. Aku tahu dia tak sabar nak naik.

    Then aku bagitau parents dengan abang ipar aku tak jadi balik malam ni. Dalam Grab car menitis air mata aku bila mengenangkan apa yang terjadi. Sebenarnya lama dah dia nak ikut aku berjalan ke Semenanjung, memandangkan aku nak settlekan urusan rumah aku so aku decided nak bawa dia sekali.

    “Cikgu, kita tinggal kat Sibu lah jangan balik Kapit lagi.”

    Aku tunaikan hasrat dia tinggal kat Sibu dan bawa dia tengok wayang, makan benda dia nak dan beli kasut yang dia nak bagi merawat kekecewaan dia.

    Aku tak sedih tiket burn tapi aku sedih sebab tak dapat menunaikan hasrat dia nak naik “bilun”. Takpelah Willy, Cikgu cuba selesaikan status kewarganegaraan kamu selagi Cikgu kat Kapit dan Cikgu bawa kamu pergi Semenanjung lagi. Tapi time tu mesti kamu dah dewasa dan keghairahan nak naik flight dengan berjalan-jalan dah tak sama sewaktu kanak-kanak.

    Salah satu sebab aku nak mengajar di Sarawak ni adalah untuk membawa anak-anak murid aku keluar melihat dunia luar. Bagi aku rezeki yang aku dapat kat bumi Sarawak ni why not dikongsi dengan anak-anak murid aku yang kekurangan. Bagi aku duit boleh dicari tapi kegembiraan dan pengalaman budak-budak bila dibawa berjalan diaorang akan ingat sampai besar.

    Kepada pihak berkenaan aku memohon sangat-sangat supaya dapat membantu mereka menyelesaikan status kewarganegaraan. Aku tahu benda ni sangat rumit tapi aku berharap dapat melihat kegembiraan di raut wajah mereka.

    Sekarang aku baru nak balik Pahang tanpa membawa Willy. Sebelum aku keluar dari Kapit aku ambil dulu ukuran baju dan seluar dia sebab dah janji nak beli baju sekolah menengah. Kebetulan ayahnya dirujuk ke Hospital Sibu dan naik express bot dengan aku. Kesian Willy… aku anggap apa yang berlaku ni ada hikmahnya dan takkan memadamkan hasrat aku nak bawa anak Kapit ke Semenanjung.

    Uncle teksi ada tanya aku, “Macam mana you bawa budak ikut you?” Aku jawab, “Kalau diaorang punya parent bagi saya bawa lah, one more thing kalau saya kaya saya bawa semua budak ikut saya tau.” Uncle tu ketawa bila aku cakap mcm tu. Tunggulah aku kaya satu flight aku booked utk student aku je…’

    Isu status kewarganegaraan Willy ini hanyalah satu kisah dari beribu lagi yang menimpa sebilangan masyarakat di Sarawak. Oleh itu, diharap pihak atasan dapat mendengar rintihan rakyat seperti Willy dan mengambil tindakan proaktif untuk menyelesaikan masalah ini.

    https://www.facebook.com/mohd.farid.395/posts/1498495343568248

    Artikel Berkaitan