fbpx
More

    Kluster Icom Disytiharkan Hari Ini, Sarawak Kini Ada 54 Kluster Aktif

    Kluster Icom menjadi kluster terbaharu yang menyertai 54 kluster aktif di Sarawak

    Kluster Icom Disytiharkan Hari Ini, Sarawak Kini Ada 54 Kluster Aktif. Hari ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu kluster baharu.

    Kluster ini melibatkan sebuah agensi penasihat pengurusan hartanah yang bertempat di Icom Square, Kuching.

    Kluster Icom Disytiharkan Hari Ini, Sarawak Kini Ada 54 Kluster Aktif

    Kes indeks merupakan seorang lelaki warga tempatan

    Menurut kenyataan media terkini, kes indeks adalah seorang lelaki berusia 20 tahun dan merupakan warga tempatan Sarawak.

    Kes dilaporkan mendapat jangkitan ketika menghadiri satu perjumpaan makan malam di sebuah restoran di City One dan kemudian ke sebuah Bistro yang terletak di Jalan Song, Kuching pada 13 April lalu.

    Gambar sekadar hiasan.

    Pada 14 April, kes menghadiri sebuah sesi latihan bersama beberapa orang penceramah yang datang dari luar Sarawak.

    Peserta-peserta yang menghadiri perjumpaan makan malam berkenaan didapati bekerja di sebuah agensi penasihat pengurusan hartanah di Icom Square setelah disiasat lanjut.

    Kes indeks merupakan kes ke-23,951 dan kes dikesan melalui saringan individu bergejala di sebuah hospital swasta Kuching pada 18 April lalu.

    Kredit: JPBNS

    54 kluster masih aktif di Sarawak

    Sejumlah 54 kluster masih aktif di Sarawak – 11 kluster merekodkan 26 penambahan kes baharu sementara 43 kluster tiada penambahan kes.

    Penambahan ini melibatkan kes-kes dari daerah Bintulu (103), Sibu (84), Miri (46), Kuching (35), Song (35), Kapit (34), Mukah (27), Serian (24), Saratok (13), Pakan (11), Tanjung Manis (11), Kanowit (10), Sarikei (8), Selangau (6), Bukit Mabong (4), Sebauh (3), Betong (3), Beluru (3), Samarahan (3), Bau (2), Kabong (2), Meradong (1), Dalat (1), Julau (1), Marudi (1), Limbang (1), Asajaya (1) dan Lundu (1).

    Jumlah keseluruhan kes hari ini meningkat kepada 26,032 kes.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan