Jumlah keseluruhan kes di Sarawak meningkat kepada 819 kes
Kuching Catat 16 Kes Tempatan Hari Ini, Cecah 49 Kes Tempatan Dalam Masa 14 Hari. Menerusi kenyataan media terbaru dari Jawatakankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), seramai 16 kes didapati positif hari ini.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan di Sarawak meningkat kepada 819 kes, dan cecah 49 kes tempatan dalam masa 14 hari.

Melibatkan Kluster Haji Baki
12 kes baharu dikesan melalui aktiviti pengesanan secara aktif di Kampung Haji Baki.
Kesemua kes menjalani saringan pada 24 Oktober lalu dan keputusan ujian rT-PCR Covid-19 pada hari seterusnya mendapati mereka positif Covid-19.
Semua kes adalah kontak rapat kepada indek Kluster Baki dan dalam lingkungan umur 7 hingga 75 tahun. 3 daripada jumlah itu merupakan pelajar sekolah rendah, 2 adalah pelajar sekolah menengah, 5 adalah dewasa manakala 2 adalah warga emas. Daripada jumlah itu, hanya seorang sahaja menunjukkan tanda dan gejalan.
Kesemua kes telah dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Kes jangkita tempatan
3 kes baharu dikesan melalui saringan kontak rapat di fasiliti kesihatan swasta di Kuching. Mereka merupakan kontak kepada kes ke-798 yang dilaporkan pada 26 Oktober lalu.
Mereka menjalani saringan kendiri di sebuah fasiliti swasta pada 26 Oktober setelah kes ke-798 didapati positif. Kepiutusan ujian rT-PCR mendapati ketiga-tiga kes positif pada hari sama.
Kesemua tidak mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan berisiko tinggi dan telah dimasukkan ke wad pengasingan HUS untuk rawatan lanjut.
Kes-kes sedang disiasat untuk mengetahui punca sebenar jangkitan manakala aktiviti pegesanan kontak rapat kepada kesemua kes sedang dijalankan. Kesemua kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan buat sementara waktu sehingga mengetahui punca sebenar jangkitan.
Melalui pengesanan kes secara aktif
Satu kes dikesan melaui aktiviti pengesanan aktif yang telah dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak pada 25 Oktober lalu.
Kes merupakan seorang lelaki warganegara tempatan yang berniaga di salah satu kawasan perniagaan terkemuka di Bandaraya Kuching.
Kes menjalani saringan pada 25 Oktober 2020 dan didapati positif pada 26 Oktober menerusi ujian rT-PCR.
Kes tidak mempunyai searah perjalanan ke kawasan berisiko tinggi dan tidak mempunyai kontak dengan mana-mana kes positif sebelum ini.
Kes telah dimasukkan ke wad pengasingan HUS untuk rawatan lanjut serta sedang disiasat untuk mengetahui punca sebenar jangkitan. Aktiviti pengesanan kontak rapat sedang dilakukan dan kes ini telah dikategorikan kes jangkitan tempatan buat sementara waktu sehingga punca jangkitan diketahui.
Jumlah ini telah menjadikan Kuching kembali ke status zon merah.