Kuching Kini Jadi Pilihan Golongan Digital Nomad Dari Luar Negara
Bandaraya yang tenang, kos sara hidup yang lebih rendah dari bandar bandar lain, lokasi yang sangat ideal di antara lautan dan hutan belantara Borneo, ini adalah antara sebab sebab mengapa Kuching hangat diperkatakan oleh golongan ‘digital nomad‘ di seluruh dunia.
Selain itu, ratio kepetahan berbahasa inggeris juga menyebabkan ramai golongan digital nomad terpikat dengan Kuching dan terus menjadikan Kuching sebagai ‘ HUB ‘ bagi mereka untuk melakukan kerja. Untuk pengetahuan anda, digital nomad adalah golongan yang hanya memerlukan internet untuk melakukan kerja. Kebanyakan mereka kebiasaannya usahawan digital dan juga freelancer berprofil tinggi. Mereka digelar digital nomad kerana nature hidup mereka yang bekerja sambil travel.
Dengan kehadiran Co Working Space yang pertama di Kuching iaitu iCube Innovation , semakin ramai golongan digital nomad ini menjadikan iCube sebagai ruang kerja mereka. Co Working Space adalah satu pejabat besar yang menyediakan ruang kerja individu bagi usahawan – usahawan kecil dan juga golongan digital nomad. Kebiasaanya golongan golongan ini tidak memerlukan ruang pejabat yang besar untuk seorang diri. Mereka hanya memerlukan meja, kerusi dan juga suasana yang kondusif.
Kehadiran Digital Nomad di Kuching juga mendatangkan pelbagai faedah, di antaranya adalah mereka tidak lokek untuk berkongsi ilmu. Gambar di atas adalah Pengasas Digital Nomads Forum, Maya yang berkongsi dengan komuniti usahawan di Kuching cara untuk melakukan ‘content marketing’.
Bengkel tersebut dianjurkan oleh Google Business Group Kuching, iaitu sebuah komuniti sukarelawan yang berkongsi cara cara menggunakan google tools dalam perniagaan anda.
Dalam artikel yang dikeluarkan oleh FastCompany , Kuching adalah sebuah bandar yang hampir sama dengan Chiang Mai di Thailand yang digemari oleh golongan digital nomad ini. Dipetik dari artikel yang dikeluarkan oleh mereka :
” Kuching is being called the next Chiang Mai,” says James Hunt, a digital nomad living in Malaysia. “It’s a laid-back, green city on Borneo, filled with cool culture, coffee shops, and street art, [and] surrounded by amazing wildlife scenery and activities. Its coworking space, iCube, is cheap.”
Perkara yang sama juga diperkatakan di dalam laman sesawang Freedomsurfer .
Tidak mustahil dalam masa 5 tahun akan datang, Kuching akan menjadi setaraf dengan Chiang Mai.