fbpx
More

    Lari Dikejar Kereta Polis, Kereta Tiga Suspek Rempuh Tiang Lampu

    Kejar mengejar antara kereta polis dan suspek di Kuching semalam.

    Lari Dikejar Kereta Polis, Kereta Tiga Suspek Rempuh Tiang Lampu. Cubaan tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita melarikan diri daripada pihak berkuasa gagal apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Burung Rawa, Kuching Rabu semalam.

    Sepasukan polis yang melakukan rondaan pencegahan jenayah terserempak dengan kereta tiga suspek berkenaan di Jalan Lorong Stampin 2 iaitu sekitar jam 3.40 petang, kata Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani.

    Menurutnya lagi, anggota yang bertugas kemudiannya bertindak menahan kereta tersebut untuk pemeriksaan.

    Akibat Mask tada pakai

    Posted by Walter Hiu on Tuesday, November 24, 2020

    Suspek memecut kereta dan melarikan diri

    “Bagaimanapun, pemandu (suspek) memecut kereta dan melarikan diri semasa dihampiri untuk diperiksa. Selepas lebih kurang setengah jam dikejar, akhirnya kereta suspek berjaya ditahan di Jalan Bunga Rawa apabila ianya terbabas melanggar lampu tiang jalan” kata beliau menerusi satu kenyataan.

    Tambanya juga, polis kemudiannya terus memeriksa ke dalam kereta tersebut dan mendapati terdapat tiga individu iaitu seorang wanita yang berusia 28 tahun, dan dua lelaki masing-masing berusia 27 dan 39 tahun.

    Lari Dikejar Kereta Polis, Kereta Tiga Suspek Rempuh Tiang Lampu. kredit gambar: Borneo post
    Lari Dikejar Kereta Polis, Kereta Tiga Suspek Rempuh Tiang Lampu. kredit gambar: Borneo post

    Suspek kemudiannya ditahan

    “Melalui semakan rekod telah mendapati kesemua mereka pernah ditangkap kerana terlibat dengan kesalahan dadah,” kata beliau.

    Kesemua suspek kemudiannya ditahan untuk siasatan yang lebih lanjut di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang polis untuk menjalankan tugas.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan