Seperti cerita dongeng, katanya.
Lelaki Didakwa Terlibat Jual Organ Mungkin Cari Publisiti Murahan – Menteri Sarawak. Sejak semalam, tular sebuah laporan agensi berita antarabangsa yang mendakwa bahawa lelaki yang bermastautin di Kuching terlibat dalam sindiket penjualan organ iaitu buah pinggang secara haram.
Laporan tersebut dimuat naik beserta video intipan eksklusif beberapa orang wartawan agensi berita berkenaan yang menyamar menjadi pelanggan.
Berita selanjutnya di sini :
“Hanya lelaki biasa berkeluarga yang terlibat sindiket,” – Karim Hamzah
Walau bagaimanapun, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Hamzah menyifatkan perkhabaran tersebut sebagai individu yang sengaja mencari populariti murahan.

Dalam ulasan lanjut pendapat peribadi nya itu, beliau merasakan bahawa lelaki tersebut hanyalah lelaki biasa yang mempunyai keluarga namun terlibat dengan sindiket penjualan organ manusia.
Kuching tiada ‘market’ besar seperti Indonesia, China
Karim turut meragui kesahihan berita tersebut kerana terdapat banyak berita palsu yang tersebar kebelakangan ini. Apatah lagi, lelaki tersebut menjalankan urus niaga di Bandaraya Kuching, sebuah bandaraya kecil yang hanya mempunyai populasi 2 juta orang.
Jumlah ini dikatakan tidak mempunyai ‘market’ yang besar seperti China, India mahu pun Indonesia.
“Terlalu banyak berita palsu kebelakangan ini. Seperti cerita dongeng. Mungkin ini salah satu daripadanya,”
Datuk Abdul Karim Hamzah, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak
Tambahnya lagi, sebagai orang tengah dalam sindiket penjualan organ, mereka perlu berada di negara yang melakukan sindiket itu memandangkan populasi di sana lebih besar. Oleh yang demikian, lebih ramai individu yang miskin dan terdesak ada di sana.
Karim turut memberi pendapat bahawa lelaki tersebut mungkin seorang yang tidak waras atau berkemungkinan ia hanyalah sebuah berita yang sengaja disensasikan.
Walau bagaimanapun, Karim memberitahu sekiranya berita tersebut adalah benar, pihak berkuasa harus meneliti perkara tersebut dan mengambil tindakan segera.
Well.
Urus niaga ini memberikan keuntungan yang amat besar per transaksi. Rasanya, di zaman yang serba canggih dan maju ini, lokasi yang terpencil lebih ideal untuk mereka berurus niaga. Kurang hingar, kurang kuatkuasa.
Asal ada internet dan platform untuk berhubung, ‘deal’ boleh buat sampai jadi walau pun seorang di Barat dan seorang lagi di Timur dunia.
Apa pendapat anda?