Seorang lelaki yang maut dipercayai akibat tembakan didapati positif virus berkenaan
Mangsa Tembakan Di Bau Didapati Positif COVID-19. Dilaporkan mangsa yang maut difahami akibat tembakan telah didapati positif Covid-19.
Mangsa, Nohen Pates, berusia 55 tahun, ditembak oleh saudaranya ketika dalam hutan berhampiran Kampung Stenggang, Jalan Bau-Lundu pada 10 April lalu.
Seramai 13 anggota bomba diarahkan untuk menjalani ujian swab Covid-19
Menurut laporan, 13 anggota bomba yang membantu membawa mayat keluar dari hutan diarahkan untuk menjalani ujian swab Covid-19 pada 12 April lalu.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Bau Tawang Lingem dan 5 anggota lain telah diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah setelah menjalani ujian swab tersebut.
Beliau mengatakan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) telah menghubunginya pada hari Isnin lalu untuk bertanya siapa yang terlibat dalam operasi menyelamat berkenaan bagi menjalani ujian swab Covid-19.
Mereka kini menjalani kuarantin di rumah sehingga keputusan ujian dikeluarkan, iaitu pada hari ini.
Termasuk 7 anggota polis
Selain anggota-anggota bomba, 7 anggota polis termasuk seorang pegawai telah diarahkan untuk menjalani ujian swab pada hari Isnin lalu. Mereka kini sedang menjalani kuarantin.
Berhubung dengan kejadian tragis tadi, mangsa dan saudaranya berpisah di hutan dan mangsa ditembak secara tidak sengaja oleh saudara terbabit.
Mangsa sedang memburu katak di sungai manakala saudaranya memburu seekor napuh.
Ketika ditemui, mangsa ditemui dengan luka di bahagian dadanya.
Ia mengambil masa sekitar 20 minit untuk anggota bomba tiba ke kawasan tepi sungai di mana mangsa ditemui.