Semua kafe dan restoran di Kuching hanya dibenarkan untuk menerima 50% pelanggan daripada jumlah kapasiti premis
Mulai 6 Nov, Restoran Hanya Boleh Terima 50% Pelanggan Daripada Jumlah Kapasiti Premis. Berkuat kuasa mulai hari ini (6 November 2020), semua kafe dan restoran di daerah Kuching tidak dapat menerima 100% pelanggan untuk mengurangkan jumlah pengunjung yang akan memenuhi kapasiti premis.

Pengumuman dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)
Pengumuman ini dibuat oleh JPBNS semalam di mana keputusan ini dibuat dalam usaha untuk memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19. Ini berikutan peningkatan jumlah kes positif yang dilaporkan di daerah Kuching.
“Untuk program sosial dan rasmi yang akan melibatkan penglibatan orang ramai, hanya maksimum 200 orang sahaja dibenarkan, bergantung pada kapasiti tempat dan jarak fizikal mesti dilakukan,” kata pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Beliau juga mengingatkan orang ramai untuk menggunakan cecair sanitasi yang disediakan oleh pihak penganjur, mengamalkan penjarakan fizikal dan sentiasa mengguna pelitup muka.
Pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap individu-individu yang gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.