Pasar malam tersebut telah ditutup selama dua bulan sebelum ini
Pasar Malam Siniawan Akan Dibuka Semula Pada 9 April 2021. Dilaporkan Pasar Malam Siniawan akan dibuka semula untuk perniagaan pada 9 April setelah ditutup selama 2 bulan.
Perkara ini dimaklumkan oleh ADUN Serembu Miro Simuh, yang mengatakan bahawa keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan permintaan dari para vendor, pemilik kedai dan pengunjung tempat popular terbabit.
Ditutup akibat kenaikan jumlah kes positif Covid-19 di Bau dan Kuching
Beliau mengatakan bahawa pasar malam tersebut ditutup akibat kenaikan jumlah kes positif Covid-19 di Bau dan Kuching pada masa itu.
Akibat penutupan pasar malam tersebut, kira-kira 40 vendor dan pemilik kedai terjejas.
Menurut Miro, beliau mengatakan,
“Oleh sebab permintaan dari vendor dan pemilik kedai, serta permintaan yang tinggi bagi pengunjung tempat untuk memulakan perniagaan, kami memutuskan untuk membuka kembali Pasar Malam Siniawan. Kami yakin pembukaan semula pasar malam ini akan membantu membantu ekonomi tempatan.”
Tambahnya lagi, Pejabat Daerah Bau telah memberi kelulusan untuk membenarkan pasar malam beroperasi semula kerana Bau kini diklasifikasikan sebagai zon hijau Covid-19.
Perlu patuhi SOP
Meskipun pasar malam Siniawan akan dibuka semula, para pengunjung dikehendaki mematuhi SOP malah Miro memberi jaminan bahawa perniagaan akan mengikuti SOP dengan tegas.
Pengunjung ke pasar malam mesti memakai topeng muka, mendaftar masuk menggunakan MySejahtera atau menuliskan nama di buku rekod serta mengimbas suhu badan mereka.
Katanya lagi, mereka mendesak orang awam untuk memberikan sokongan kepada peniaga tempatan dengan mengunjungi pasar malam Siniawan.
Sekitar 50% peniaga dijangka akan memulakan perniagaan sebagai permulaan.
“Menurut Kapitan tempatan, sambutdan dari peniaga selama ini cukup baik dengan banyak dari mereka bersemangat untuk meneruskan perniagaan. Saya harap semuanya berjalan seperti yang dirancang. Jika 50% peniaga turun, itu adalah cukup baik sebagai permulaan,” ujarnya lagi.