Mulai 26 Oktober 2020
Pelajar Didapati Positif, SMK Wira Penrissen Dan SK Jalan Haji Baki Ditutup Selama 7 Hari. Dilaporkan bahawa sebuah sekolah di daerah Kuching dan sebuah sekolah di daerah Kota Samarahan telah diarahkan tutup oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak.

Pengumuman dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)
JPN Sarawak telah mengeluarkan arahan untuk menutup SMK Wira Penrissen, Kota Samarahan dan SK Jalan Haji Baki selama 7 hari.
Kedua-dua sekolah berkenaan diarahkan tutup bermula pada 26 Oktober 2020 hingga 1 November bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan.
Pada 25 Oktober, seorang pelajar dari SMK Wira Penrissen (Kes ke-790) didapati positif Covid-19 setelah mempunyai kontak rapat dengan kes ke-768 dan kes ke-770 dari Kluster Baki semasa sebuah perhimpunan keluarga antara 4 dan 5 Oktober lalu.
Seorang murid dari SK Jalan Haji Baki iaitu kes ke-803 didapati positif hari ini (26 Oktober) setelah mempunyai kontak rapat dengan ibunya iaitu kes ke-802. Kes ke-802 merupakan salah seorang ahli keluarga kes ke-789 yang mempunyai kontak rapat dengan Kluster Baki. Murid ini mempunyai gejala selesema.
Kedua-dua kes telah diasingkan dan dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS).