fbpx
More

    Pemandu Lelaki Maut Kereta Terbabas Dalam Longkang, Samarahan

    Pemandu lelaki berusia 30 tahun telah maut setelah keretanya hilang kawalan dan masuk ke dalam longkang di Jalan Kota Samarahan-Mambong.

    Pemandu Lelaki Maut Kereta Terbabas Dalam Longkang, Samarahan. Kemalangan yang berlaku 10 pagi semalam ini telah meragut nyawa seorang lelaki berusia 30 tahun.

    Bomba berusaha mengeluarkan mangsa. kredit Borneopost
    Bomba berusaha mengeluarkan mangsa. kredit Borneopost

    Kenderaannya terbalik di dalam longkang

    Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata, mangsa telah hilang kawalan atas kenderaannya yang kemudiannya tergelincir di sebelah kiri jalan lalu bertumbung dengan paip air jalan sebelum terbalik dan mendarat keretanya terbalik di dalam longkang.

    Mangsa yang dikenali sebagai Desmond Romario Steven Tangkun, telah terperangkap di dalam kereta tersebut ketika pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian, kata Alexson dalam kenyataannya semalam.

    Mangsa dari Taman Sasa, Jalan Kong Pin dipercayai hendak menuju ke Serian Kuching ketika kemalangan tersebut berlaku.

    Alexson juga menambah bahawa mangsa telah mati di tempat kejadian setelah disahkan oleh anggota perubatan.

    Mayat mangsa telah dipindahkan ke bilik mayat Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutnya.

    Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Baca lagi disini:

    Artikel Berkaitan