fbpx
More

    Premis Perniagaan Di Kawasan PKPB Dibenarkan Beroperasi Sehingga 12 Malam

    Premis perniagaan dibenarkan sehingga pukul 12 tengah malam.

    Premis Perniagaan Di Kawasan PKPB Dibenarkan Beroperasi Sehingga 12 Malam. Kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan waktu beroperasi premis perniagaan sehingga jam 12 tengah malam.

    Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dalam kenyataannya hari ini bahawa, keputusan ini dibuat selepas menilai keperluan dan juga kerugian ekonomi yang ditanggung oleh pemilik premis perniagaan.

    Premis Perniagaan Di Kawasan PKPB Dibenarkan Beroperasi Sehingga 12 Malam
    Premis Perniagaan Di Kawasan PKPB Dibenarkan Beroperasi Sehingga 12 Malam

    Bermula pada hari esok

    Pelaksanaan waktu operasi baharu itu akan bermula pada hari esok (24 November 2020) dan keputusan kerajaan itu juga meliputi premis perniagaan bagi restoran, kedai runcit dan serbaneka dan juga stesen minyak.

    “Saya mendapat banyak aduan daripada netizen, persatuan terutama masyarakat Islam. Misalnya mereka keluar selepas Isyak, maknanya selepas jam 9 malam mereka baru ke restoran tetapi jam 10 malam kedai tutup.”

    Premis Perniagaan Di Kawasan PKPB Dibenarkan Beroperasi Sehingga 12 Malam

    Dibenarkan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam

    “Maka, kesannya sangat tinggi kepada peniaga. Maka Sidang Khas bermesyuarat, berbincang dan setuju untuk membenarkan perniagaan lain sehingga jam 12 tengah malam seperti kedai serbaneka, stesen minyak, kedai runcit boleh dibuka sehingga jam 12 tengah malam bermula esok.

    Selain aduan netizen, Ismail Sabri turut mengambil maklum pandangan yang dibuat oleh pihak persatuan mengenai perkara tersebut.

    Sebelum ini, kerajaan hanya membenarkan premis perniagaan beroperasi sehingga jam 10 malam sahaja di kawasan PKPB yang telah dilaksanakan di negeri-negeri dan juga daerah-daerah yang terlibat.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan