fbpx
More

    Sebuah Kereta Ditemui Terapung Di Sungai Berhampiran Jambatan Gantung Satok

    Kereta terapung itu ditemui pada jam 10.30 pagi hari ini.

    Sebuah Kereta Ditemui Terapung Di Sungai Berhampiran Jambatan Gantung Satok. Sebuah kereta dilaporkan terapung di Sungai Sarawak berhampiran jambatan gantung Satok.

    Penemuan tersebut ditemui kira-kira jam 10.30 pagi hari ini.

    Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba), mereka kini masih lagi berusaha untuk menentukan sama ada terdapat penumpang di dalam kereta tersebut atau tidak.

    BBP Padungan beserta 14 anggota diketuai oleh PBK II Abdul Aziz telah bergegas ke tempat kejadian.

    Saksi ditempat kejadian mengatakan bahawa ada seorang mangsa warga emas

    Selain itu terdapat saksi ditempat kejadian yang mengatakan bahawa ada seorang mangsa warga emas di dalam kenderaan tersebut.

    Laporan yang lebih lanjut akan menyusul.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan