fbpx
More

    Seorang Pendaki Meninggal Dunia Ketika Mendaki Gunung Santubong

    Mangsa dikatakan mengalami sesak nafas

    Seorang Pendaki Meninggal Dunia Ketika Mendaki Gunung Santubong. Terkini, dilaporkan seorang lelaki meninggal dunia semasa mendaki Gunung Santubong di Kuching.

    Seorang Pendaki Meninggal Dunia Ketika Mendaki Gunung Santubong
    Seorang Pendaki Meninggal Dunia Ketika Mendaki Gunung Santubong

    Mendaki bersama dua rakan

    Mangsa, Muhammad Hazwan Bakar, 24 tahun, mendaki gunung tersebut bersama dua rakannya iaitu seorang lelaki dan wanita.

    Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihak mereka menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 5:20pm memaklumkan ada pendaki terkandas di puncak gunung berkenaan setelah salah seorang daripada kumpulan tersebut mengalami sesak nafas.

    Katanya lagi, seramai 21 anggota dengan dua pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya pergi ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan terbabit.

    Mangsa mendaki gunung Santubong bersama dua rakan.

    Mangsa sudah tidak sedarkan diri semasa ketibaan anggota penyelamat

    Menurut laporan lagi, mangsa didapati tidak sedarkan diri setibanya anggota bomba tiba ke lokasi dan tindakan awal diambil dengan memberi bantuan CPR. Walau bagaimanapun, mangsa tidak memberi sebarang respon.

    Mangsa dibawa turun melalui denai yang curam dan berbukit menggunakan pengusung dan mengambil masa dua jam untuk sampai ke kaki gunung.

    Pegawai perubatan membuat pemeriksaan lanjut setibanya ke kaki gunung dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia pada pukul 9:16pm. Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

    Salam takziah kepada keluarga mangsa. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan