fbpx
More

    TERKINI : Lelaki Penjual Organ Haram Di Kuching Akhirnya Serah Diri

    Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

    TERKINI : Lelaki Penjual Organ Haram Di Kuching Akhirnya Serah Diri. Beberapa hari yang lalu, hangat kisah tentang seorang lelaki dari Kuching yang didakwa mendalangi sindiket penjualan organ haram.

    Pendedahan mengejutkan itu dibuat oleh sebuah agensi media antarabangsa sekaligus memaparkan video intipan bersama lelaki berkenaan dengan jelas.

    Serah diri di IPD Kuching pada jam 1.45 tengah hari tadi

    Menyedari dirinya diburu beberapa hari ini oleh pihak polis, lelaki tersebut akhirnya tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

    TERKINI : Lelaki Penjual Organ Haram Di Kuching Akhirnya Serah Diri
    TERKINI : Lelaki Penjual Organ Haram Di Kuching Akhirnya Serah Diri
    Kredit foto : Simon Jones via The Sun

    Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata suspek telah hadir ke IPD Kuching sekitar jam 1.45 tengah hari tadi untuk menyerah diri.

    Suspek akan direman pagi esok (Jumaat) untuk disiasat dengan lebih lanjut di bawah Seksyen 15 Akta 670 Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran.

    Jalankan sindiket tanpa dihidu polis sejak 10 tahun yang lalu

    Lelaki yang berusia 48 tahun itu dikehendaki oleh pihak polis untuk membantu siasatan berkenaan laporan sebuah agensi antarabangsa yang tular berkenaan sindiket penjualan organ. Melalui laporan tersebut, lelaki tersebut merupakan ‘broker’ atau orang tengah yang menjalankan pakej pelancongan khas transplan di Filipina.

    Bukan itu sahaja, lelaki ini khabarnya telah berjaya menjual sebanyak 45 buah pinggang sejak menjalankan aktiviti ini tanpa dihidu oleh pihak polis selama 10 tahun.

    Menerusi video berkenaan juga, lelaki ini jelas mengatakan bahawa wang tunai adalah raja (cash is king) di Manila, Filipina.

    Ini kerana klinik di sana boleh disogok atau dirasuah untuk melakukan aktiviti transplan haram dalam kalangan pelanggan yang terdesak.

    Nampaknya, sindiket ini bukanlah cerita dongeng seperti yang diwar-warkan tetapi sebaliknya adalah realiti yang perlu dihadapi dan dibanteras dengan keras oleh pihak berkuasa.

    Baca kisah selanjutnya di sini :

    Artikel Berkaitan