fbpx
More

    TERKINI: PKPD Di Kampung Haji Baki, Kuching Bermula 28 Oktober Sehingga 11 November

    Pengumuman menerusi sidang media terkini

    TERKINI: PKPD Di Kampung Haji Baki, Kuching Bermula 28 Oktober Sehingga 11 November. Dimaklumkan bahawa Kampung Haji Baki di Kuching akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). PKPD ini akan berlangsung mulai 28 Oktober hingga 11 November 2020.

    Pengumuman ini dimaklumkan menerusi sidang media mengenai perkembangan terkini oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini (27 Oktober 2020)

    TERKINI: PKPD Di Kampung Haji Baki, Kuching Bermula 28 Oktober Sehingga 11 November

    Sebanyak 846 saringan dibuat

    Menerusi sidang media PKPP berhubung dengan pelaksanaan PKPD di Kampung Haji Baki, Kuching, ia dimaklumkan bahawa sebanyak 846 saringan dibuat sehingga 26 Oktober 2020.

    Daripada jumlah itu, seramai 27 orang didapati positif Covid-19.

    Setelah dinasihati Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Kampung Haji Baki, bermula 28 Oktober sehingga 11 November 2020.

    Kampung Haji Baki Kuching akan dikenakan PKPD bermula 28 Oktober hingga 11 November 2020.

    PKPB dilanjutkan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya

    PKPB akan dilanjutkan sehingga 9 November 2020 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

    Pada asalnya sepatutnya berakhir pada 27 Oktober, pelanjutan ini mengikuti peningkatan mendadak dalam kes Covid-19.

    SOP Sambutan Deepavali akan dibentangkan dalam minggu ini

    Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media juga, SOP sambutan Deepavali akan dibentangkan dalam minggu ini manakala tempoh pengecualian caj RM1 untuk ATM MEPS akan diteruskan.

    Berhubung dengan tempoh pengecualian caj RM1 tersebut, hanya Kementerian Kewangan sahaja akan menentukan tamat tempoh pengecualian itu.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan