Bayangkan saiz badan anda penentu anda dapatkan kerja
Wajarkah Saiz Badan, Jantina Dan Kaum Jadi Syarat Dalam Jawatan Kosong Di Tahun 2020? Menjelang tahun 2020, kita sebagai masyarakat sudah mempunyai kesedaran betapa pentingnya pengalaman kerja untuk memohon pekerjaan.
Namun, pengalaman kerja sahaja masih belum cukup untuk segelintir perniagaan atau syarikat. Malah, masih ada lagi iklan jawatan kosong yang meletakkan syarat tertentu seperti penampilan diri dan saiz badan baru dapat layak mohon kerja. Itu baru saja mohon!

Where do we draw the line?
Difahami bahawa keadaan seperti ini mempunyai sebab-sebab tertentu. Sebagai contoh, syarikat penerbangan biasanya lebih mengutamakan pemohon wanita dengan ketinggian minimum 157cm sementara bagi pemohon lelaki, mereka mestilah sekurang-kurangnya 170cm untuk memenuhi syarat.
Hal ini kerana kru kabin harus cukup tinggi untuk simpan atau ambil barang yang disimpan di overhead cabin, tetapi tidak terlalu tinggi sehingga mereka harus berjongkok di lorong pesawat yang sesak.

Untuk jawatan kosong khusus jantina, pendapat mengenai perkara ini dibahagikan di kalangan masyarakat. Ini kerana ada yang bersetuju bahawa beberapa pekerjaan lebih sesuai untuk jantina spesifik tetapi yang lain berpendapat ia lebih adil jika kedua-dua jantina dengan kelayakan yang sama diberi peluang sama rata.


Disamping itu, terdapat juga jawatan kosong yang sehingga mempunyai syarat penampilan seperti iklan-iklan jawatan kosong berikut:



Bukan sahaja penampilan, tetapi kaum seseorang juga dipertimbangkan.

Berdasarkan perkara-perkara disenaraikan, ia dikategorikan sebagai employment discrimination atau diskriminasi pekerjaan
Menurut The Balance, diskriminasi pekerjaan berlaku apabila pekerja atau calon pekerjaan diperlakukan tidak baik kerana usia, kecacatan, maklumat genetik, asal negara, kehamilan, bangsa atau warna kulit, agama, atau jantina.
Berikut adalah antara contoh-contoh diskriminasi pekerjaan:
- Menyatakan atau mencadangkan preferred candidates dalam iklan jawatan kosong
- Mengecualikan pekerja berpotensi semasa pengambilan pekerja
- Menolak pampasan atau faedah pekerja tertentu
- Membayar pekerja kelayakan sama rata gaji yang berbeza
- Mendiskriminasi semasa memberikan cuti kecacatan, cuti bersalin, atau pilihan bersara
- Menolak atau mengganggu penggunaan kemudahan syarikat
- Diskriminasi semasa mengeluarkan promosi atau pemberhentian kerja
Malah, perkara ini secara fakta salah disisi undang-undang. Menurut Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Seksyen 5 (1) (c), ia memperuntukkan bahawa majikan tidak boleh melakukan diskriminasi terhadap mana-mana orang berkenaan dengan pekerjaan, kenaikan pangkat, apa-apa syarat pekerjaan atau keadaan kerja dengan alasan bahawa dia anggota atau bukan anggota atau pegawai kesatuan sekerja.

Walaupun sudah ternyata diskriminasi pekerjaan adalah salah disisi undang-undang, perkara ini masih dilakukan di kalangan perniagaan dan syarikat tanpa alasan kukuh mengapa syarat-syarat terbabit diberi keutamaan.
Pada pendapat anda, mengapa perkara-perkara ini ditekankan sekali dalam iklan jawatan kosong? Adakah ia masih wajar penampilan, jantina atau kaum seseorang dipersamakan dengan kelayakan pekerjaan seseorang sebagai penentuan kerja?