fbpx
More

    Pasaran Emas Merudum, Ini 6 Pilihan Kedai Emas Terlajak Murah Di Kuching

    Harga rendah membeli emas. Yeeha!

    Pasaran Emas Merudum, Ini 6 Pilihan Kedai Emas Terlajak Murah Di Kuching. Beberapa minggu kebelakangan ini, harga pasaran emas dilihat tidak begitu stabil. Malah, beberapa hari ini, harga emas terus menurun sehingga menarik perhatian orang ramai untuk membeli emas sebagai aset simpanan dan pelaburan.

    Setakat 5 Mac 2021, harga emas masih dicatatkan pada kadar yang agak rendah iaitu sekitar RM 227.44 berbanding RM 240 iaitu harga tertinggi dalam tempoh 1 bulan ini. Harga emas terendah setakat ini dicatatkan semalam (4 Mac 2021) pada RM 223.02. Harga tersebut dilaporkan adalah yang terendah dalam tempoh 6 bulan ini.

    Pasaran Emas Merudum, Ini 6 Pilihan Kedai Emas Terlajak Murah Di Kuching
    Sumber : HelloGold

    Dah alang-alang harga emas turun kan, inilah masanya untuk anda membeli emas. Tapi kat mana? Kalau di Kuching, ini adalah kompilasi kedai emas yang dicadangkan oleh pengguna di Facebook, dengan harga yang murah yang boleh anda tinjau. Kalau berkenan di hati, harga pun boleh atur, apa lagi? Angkat lah terus!

    1. P&P Poly Gold and Jewellery

    Melalui hantaran Facebook pengguna An-nissa, kedai ini mempunyai upah emas yang murah. Bayangkan beliau membeli dua biji manik atau beads emas dengan harga upah hanya RM 77 sahaja! Kalau bahagi dua, maksudnya boleh dapat harga upah RM 38.50 sahaja.

    Menurut An-nissa, harga upah ini di sini adalah harga mesra pelanggan. Jadi, pelanggan tidak perlu berfikir dua kali untuk membeli emas di kedai ini. Kiranya boleh jadi pelanggan setia kedai emas inilah kan?

    Lokasi : Lot 9774, Section 65, KTLD, Jalan Matang, Taman Lee Ling Commercial Centre, 93050 Kuching, Sarawak (bersebelahan CCK, Emart Matang)

    Pasaran Emas Merudum, Ini 6 Pilihan Kedai Emas Terlajak Murah Di Kuching
    Pasaran Emas Merudum, Ini 6 Pilihan Kedai Emas Terlajak Murah Di Kuching
    Pasaran Emas Merudum, Ini 6 Pilihan Kedai Emas Terlajak Murah Di Kuching
    Sumber : FB An-nissa
    Sumber : FB An-nissa
    Pasaran Emas Merudum, Ini 6 Pilihan Kedai Emas Terlajak Murah Di Kuching
    Sumber : FB An-nissa

    2. LS Jewellery

    Kedai ini pula terletak di bangunan kedai Cinmuk, Kota Sentosa. Lebih spesifik, ia terletak di bersebelahan kedai menjual telefon Oppo dan kedai pajak gadai. Menurut pengguna Facebook Fatin Amirah, kedai emas ini juga mempunyai upah emas murah untuk seutas gelang emas iaitu pada harga RM 95. Kalau kedai lain, boleh capai atas RM 100 upah untuk gelang emas, tau.

    Lokasi : No. 193, Ground Floor, Cinmuk Commercial Centre, 7th Mile Bazaar, Penrissen Road,
    Kuching, Sarawak

    Pasaran Emas Merudum, Ini 6 Pilihan Kedai Emas Terlajak Murah Di Kuching
    Pasaran Emas Merudum, Ini 6 Pilihan Kedai Emas Terlajak Murah Di Kuching
    Sumber : FB Fatin Amirah

    3. Indok Emas Kuching

    Bagi peminat emas di sekitar Kuching dan Samarahan, kedai ini rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Kedai ini terletak di kompleks bangunan Kubah Ria dan sentiasa dikunjungi oleh peminat emas kerana harga yang ditawarkan kadang-kadang tidak masuk akal. Ramai pelanggan yang sanggup ke sini kerana harga emas yang ditawarkan adalah antara yang terendah di Kuching.

    Selain itu, anda juga boleh meninjau stok dan reka bentuk emas terkini yang ada di kedai ini melalui laman Facebook mereka. Katanya kalau walk-in, lebih-lebih lagi pada Happy Hours, anda mungkin berpeluang mendapatkan harga emas yang terlajak murah.

    Beroperasi bermula jam 11 pagi sehingga 8 malam.

    Facebook : Indok Emas Kuching

    Lokasi : Kompleks Kubah Ria, Tingkat 1, 93050 Kuching, Sarawak

    Pasaran Emas Merudum, Ini 6 Pilihan Kedai Emas Terlajak Murah Di Kuching

    4. Poh Lian Goldsmith

    Kedai emas ini pula terletak di Pekan Siburan, Jalan Kuching-Serian. Menurut pengguna Facebook Endriana Awang, upah emas di sini adalah yang paling murah dalam banyak-banyak kedai emas. Kalau kat kedai lain, anda rasa boleh tak anda dapatkan upah emas cincin dengan harga RM 20-30 sahaja?

    Kalau gelang pula, upah emas hanya RM 9++ sahaja bergantung reka bentuk. Eee, bestnya!

    Lokasi : No.3,Jalan Kuching-Serian, Pekan Siburan, 94200 Kuching, Sarawak

    Pasaran Emas Merudum, Ini 6 Pilihan Kedai Emas Terlajak Murah Di Kuching
    Sumber : FB Endriana Awang
    Sumber : FB Endriana Awang
    Pasaran Emas Merudum, Ini 6 Pilihan Kedai Emas Terlajak Murah Di Kuching
    Sumber : FB Endriana Awang

    5. Kedai Emas Poh Guan

    Bagi anda yang tak suka untuk bersesak untuk ke kedai emas (yalah kan sekarang masih lagi pandemik), apa kata anda cuba beli emas melalui dalam talian sahaja. Antara kedai emas yang menawarkan khidmat beli emas dalam talian ialah kedai emas Poh Guan. Kedai emas ini sering mempromosikan emas-emas terbaru malah emas-emas terpakai melalui laman Facebook mereka. Kalau tak puas hati tengok kat Facebook, anda juga boleh melihat katalog mereka secara dalam talian. Mudah saja kan?

    Facebook : Kedai Emas Poh Guan 916

    Laman katalog : Kedai Emas Poh Guan (Blog)

    Lokasi : G2, Lot 271, Centre Point, Jalan Chan Chin Ann, 93100 Kuching, Sarawak (Belakang Sarawak Plaza)

    Pasaran Emas Merudum, Ini 6 Pilihan Kedai Emas Terlajak Murah Di Kuching
    Pasaran Emas Merudum, Ini 6 Pilihan Kedai Emas Terlajak Murah Di Kuching

    6. Kedai Emas Al-Aqsa

    Kalau anda berkunjung ke sini, anda dinasihatkan untuk turun awal supaya mendapat barisan paling hadapan kerana percayalah, kedai emas ini tidak pernah lekang dari pelanggan yang ramai! Terletak di Majma Mall, ramai yang mengatakan bahawa kedai emas ini juga menawarkan emas dengan harga yang terendah di Kuching. Bukan itu sahaja, reka bentuk emas di sini juga cantik-cantik belaka.

    Facebook : Kedai Emas Al-Aqsa Jewels Online

    Lokasi : Unit S26, Kompleks Islam Sarawak (Majma Mall), Jalan P. Ramlee, 93400 Kuching, Sarawak

    Pasaran Emas Merudum, Ini 6 Pilihan Kedai Emas Terlajak Murah Di Kuching
    Pasaran Emas Merudum, Ini 6 Pilihan Kedai Emas Terlajak Murah Di Kuching

    Namun demikian, jika anda merupakan seorang yang tidak gemar memakai emas namun ingin menyimpan aset dan pelaburan emas, terdapat cara lain yang boleh anda gunakan untuk melabur. Di zaman digital hujung jari ini, banyak aplikasi pelaburan patuh syariah yang boleh anda muat turun dan gunakan untuk membuat pelaburan. Contohnya seperti Hello Gold dan Wahed.

    Melalui aplikasi ini, anda hanya perlu tambah wang pelaburan dan aplikasi ini akan melabur secara automatik untuk anda. Bagi aplikasi Hello Gold pula, sekiranya anda mempunyai wang pelaburan, aplikasi ini akan membeli emas secara automatik untuk anda apabila harga emas rendah.

    Anda boleh menggunakan kod NURA8RHO atau ALEX893A semasa muat turun Hello Gold bagi mendapatkan rebat RM 5 semasa transaksi pembelian emas.

    Bagi aplikasi Wahed pula, anda boleh menggunakan kod NURISM85 semasa muat turun untuk mendapatkan extra RM 10 dalam akaun pelaburan anda.

    Baca juga :

    Artikel Berkaitan