fbpx
More

    Pasukan Pemburu Buaya Di Kota Samarahan Berjaya Tangkap Buaya Seberat 500 Kilogram

    Buaya itu mencecah berat 500 kilogram dan dianggarkan sepanjang 4.8 meter.

    Pasukan Pemburu Buaya Di Kota Samarahan Berjaya Tangkap Buaya Seberat 500 Kilogram. Dilaporkan bahawa, seekor buaya yang dianggarkan sepanjang 4.8 meter telah berjaya ditangkap di sungai berdekatan Kampung Meranek, Kota Samarahan semalam.

    Difahamkan bahawa buaya itu mencecah berat 500 kilogram, dan telah ditangkap oleh satu pasukan pemburu buaya dengan menggunakan perangkap berumpankan seekor ayam.

    Pasukan Pemburu Buaya Di Kota Samarahan Berjaya Tangkap Buaya Seberat 500 Kilogram. Kredit gambar: facebook

    Seorang ahli pasukan tersebut iaitu, Wan Mazlan mengatakan bahawa penangkapan tersebut telah dibuat sekitar jam 12 tengah hari semalam.

    “Buaya tersebut kemudiannya dibawa ke pengkalan Feri Muara Tuang untuk tindakan selanjutnya” menurut Wan Mazlan.

    Pasukan Pemburu Buaya Di Kota Samarahan Berjaya Tangkap Buaya Seberat 500 Kilogram
    Kredit gambar: facebook

    Pasukan pemburu buaya ditubuhkan susulan kebimbangan masyarakat

    Pasukan pemburu buaya itu telah ditubuhkan baru-baru ini susulan kebimbangan masyarakat setempat selapas berlakunya beberapa insiden serangan daripada reptilia tersebut.

    Antaranya adalah, kes yang meragut nyawa mangsa dikenali sebagai Azhan Azhar berusia 29 tahun, pada 12 Januari yang mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sempurna pada 14 Januari tahun ini .

    Sebelum ini juga, terdapat lagi satu kes iaitu pada 16 Diaember yang juga dilaporkan berlaku kes serangan buaya juga di kampung tersebut yang meragut nyawa Razid Hamran berusia 27 tahun.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan