fbpx
More

    Pejabat Agama Islam Kuching Ditutup 2 Hari, Pernikahan Terpaksa Ditunda

    Pejabat Agama Islam ini ditutup bagi tujuan kerja sanitasi dan nyahkuman.

    Pejabat Agama Islam Kuching Ditutup 2 Hari, Pernikahan Terpaksa Ditunda. Dilaporkan bahawa Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching akan ditutup kepada orang ramai buat sementara waktu bermula 12 hingga 13 Mac ini bagi tujuan kerja-kerja sanitasi dan nyahkuman.

    Dalam satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat Jabatan Agama Islam Sarawak, pejabat berkenaan yang berada di Aras 10, Majma’ Mall Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Kuching akan ditutup buat sementara waktu dan akan beroperasi semula pada Isnin, 15 Mac depan.

    Pejabat Agama Islam Kuching Ditutup 2 Hari, Pernikahan Terpaksa Ditunda
    Pejabat Agama Islam Kuching Ditutup 2 Hari, Pernikahan Terpaksa Ditunda

    Pihak-pihak yang telah melakukan temu janji akad nikah pada tarikh tersebut

    Beliau berkata bahawa “pihak-pihak yang telah melakukan temu janji akad nikah pada tarikh tersebut akan dihubungi atau boleh menghubungi Bahagian Kemajuan Keluarga Islam di talian 082-507075/ 232050 untuk penetapan semula lokasi akad nikah samada di aras 3 atau aras 11 Majma’ Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah,”.

    Tambah beliau lagi, kehadiran bagi majlis akad nikah tersebut di hadkan kepada jumlah maksima lima (5) orang iaitu pasangan pengantin, wali dan keluarga sahaja.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan