fbpx
More

    Pelajar Dari Baram Harumkan Nama Negara Di Jepun

    Pelajar Dari Baram Harumkan Nama Negara Di Jepun

    Pelajar Dari Baram Harumkan Nama Negara Di Jepun

    ” The Power of Hands ” , video yang dihasilkan dari nukilan 4 orang pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Long Sepiling, Baram berjaya memenangi Anugerah Bercerita Terbaik di Kid Witness News (KWN) Sidang Kemuncak Global 2017 di Tokyo, Jepun baru baru ini.

    Menurut laporan Bernama, Anilov Fabien Tingang,13, Juwita Ulean, 12, Fiona Fredick, 12, dan Michael Nyamun, 11 dibimbing oleh Cikgu Matematik mereka iaitu Muhammad Saffuan Jaffar untuk menghasilkan video tersebut.

    Komen Muhammad Saffuan Jaffar yang dipetik dari Malaysiakini :

    “Perasaan saya gembira, terharu dan bangga kerana kami (guru) di pedalaman berjaya buktikan murid di pedalaman juga ada potensi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi setaraf dengan pelajar di bandar, malah mereka juga mampu mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

    “Menerusi komentar juri, pasukan turut memperoleh idea baharu untuk menghasilkan video pada masa depan, juri mahu video yang dihasilkan perlu mempunyai mesej jelas, global dan melalui luahan kanak-kanak,” katanya yang turut sama ke Tokyo bersama guru Sains dan Bahasa Melayu Fadhli Ab Salam.

    Anda boleh tonton video  tersebut di bawah :

    Dianjurkan oleh Panasonic Corporation, KWN merupakan program pendidikan yang direka untuk membantu produksi video bagi pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh dunia dengan berkonsepkan ‘Dunia Menerusi Mata Mereka’.
     

    Artikel Berkaitan