fbpx
More

    Pemilik Camping Di Lundu Berang Tak Dapat Tong Sampah, Sekali Kena ‘Sound’ Majlis Daerah

    Dakwa tak dapat tong sampah sebab terlalu banyak kerenah birokrasi.

    Pemilik Camping Di Lundu Berang Tak Dapat Tong Sampah, Sekali Kena ‘Sound’ Majlis Daerah. Tindakan ‘viral’ sekarang seolah-olah menjadi trend sekiranya sesebuah pihak membuat kesalahan atau si pelaku yang membuat ‘viral’ tidak berpuas hati dan gagal menyelesaikan masalah dengan cara yang baik.

    Terbaharu, gara-gara memuat naik entri ‘viral’ berbaur tidak puas hati tentang permohonan infrastruktur di majlis daerah, seorang pemilik pusat perkhemahan di Lundu berdepan amaran daripada Majlis Daerah Lundu sendiri.

    Menerusi entri asal pusat perkhemahan tersebut, pihaknya tidak berpuas hati dengan sikap Majlis Daerah Lundu yang seolah-olah tidak mahu memberi kerjasama untuk menyediakan infrastruktur asas iaitu tong sampah di kawasan pantai tersebut.

    Beli sendiri tong sampah, ‘jangan tunggu sampai kiamat’ katanya

    Malah, pemilik pusat perkhemahan tersebut turut mengecam majlis daerah yang diberi peruntukan berjuta ringgit namun culas menguruskan permohonan infrastruktur untuk kawasan pelancongan pesisir pantai.

    Dalam entri yang sama, pemilik tersebut tidak mahu lagi menunggu tindakan daripada majlis daerah tetapi sebaliknya membeli sendiri tong sampah untuk kegunaan orang awam di kawasan tersebut.

    “Notis kebersihan kawasan dikeluarkan di sana sini, tetapi bila diminta untuk beri kerjasama untuk pelancongan kawasan pesisir pantai, begitu beginilah karenah birokrasinya…Jangan tunggu sampai kiamat!”

    Pemilik pusat perkhemahan di Lundu

    Hmmm, pulak dah.

    Pemilik Camping Di Lundu Berang Tak Dapat Tong Sampah, Sekali Kena ‘Sound’ Majlis Daerah

    Diselar semula oleh Majlis Daerah Lundu, pemilik pusat perkhemahan bakal berdepan tindakan undang-undang kerana cemarkan nama baik

    Namun demikian, entri yang tular tersebut mendapat perhatian Majlis Daerah Lundu dan lantas diberi amaran keras oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut menerusi hantaran Facebook rasmi mereka.

    Malah, Majlis Daerah Lundu tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik pusat perkhemahan tersebut yang menjatuhkan reputasi dan nama baik Majlis Daerah Lundu sebagai pihak berkuasa tempatan di daerah tersebut.

    PBT Lundu tersebut turut menyertakan tanda pagar #illegaloperation di akhir hantaran tersebut yang seolah-olah memberi bayangan kepada orang ramai bahawa pusat perkhemahan tersebut beroperasi tanpa permit dan lesen yang sah.

    Alamak.

    Pemilik Camping Di Lundu Berang Tak Dapat Tong Sampah, Sekali Kena ‘Sound’ Majlis Daerah
    Pemilik Camping Di Lundu Berang Tak Dapat Tong Sampah, Sekali Kena ‘Sound’ Majlis Daerah

    Rupanya netizen pun tak puas hati

    Tinjauan di laman komen pula mendapati rupanya netizen juga tidak senang dengan tindakan pemilik pusat perkhemahan ini. Bukan itu sahaja, pemilik pusat perkhemahan tersebut juga mendapat banyak maklum balas negatif daripada orang ramai kerana sikapnya yang tidak menyenangkan.

    Pemilik Camping Di Lundu Berang Tak Dapat Tong Sampah, Sekali Kena ‘Sound’ Majlis Daerah
    Sumber : FB Majlis Daerah Lundu

    Apa-apa pun, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Semoga kedua-dua pihak dapat berdiskusi dengan aman dan mencapai kata sepakat dalam isu ini.

    Tindakan viral pada zaman sekarang ni bukan boleh dibuat main ya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.

    Baca juga artikel ini :

    Artikel Berkaitan