Percaya Atau Tidak, Kini Terdapat Ladang Strawberry Di Kuching!
Kini anda tidak lagi perlu untuk ke Sabah atau pun Cameron Highland untuk merasai strawberry kerana anda boleh menikmati strawberry segar terus dari Ladang Strawberry Jentayu yang terletak di Kampung Jaya Bakti, Kuching.
Untuk pengetahuan anda, Kampung Jaya Bakti terletak dalam lingkungan 30 minit perjalanan dari Bandaraya Kuching.
Anda mungkin tidak menjangkakan perkara ini, namun menurut pemilik ladang strawberry seluas 1 ekar ini, strawberry yang ditanam beliau membesar dengan sangat baik dan sempurna. Strawberry yang dihasilkan juga dikatakan lebih manis.
Jika anda ingin berkunjung ke Jentayu Strawberry Farm, Kuching ini anda tidak perlu risau kerana mereka juga mempunyai kafe yang beroperasi bagi pengunjung yang ingin melihat sendiri tanaman strawberry mereka secara live.
Anda juga boleh tonton video di bawah mengenai Jentayu Strawberry Farm ini. Manalah tahu anda nak dengar review review dulu sebelum melawat tempat ini.
Bagi anda yang ingin melawat Jentayu Strawberry Farm, Kuching anda boleh ikut peta di bawah.
Untuk lebih banyak tempat menarik di Kuching, anda boleh rujuk link ini : Tempat menarik di Kuching